Rentak kemenangan Proton Iriz R5 dalam saingan rali di UK diteruskan lagi menerusi kemenangan keempatnya di saingan Grizedale Forest Rally 2019 yang berlangsung minggu lalu. Oliver Mellors dan juruarah Ian Windress lebih pantas 46 saat berbanding pencabar mereka sekaligus merangkul kejuaraan di peringkat akhir dengan kelebihan 45 saat meskipun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu di hutan Grizedale.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Sebelum ini mereka telah berjaya mengungguli tiga saingan rali di Woodpecker, Trackrod dan Malton Forest Rally. Jentera rali Iriz R5 yang telah diratifikasikan oleh FIA (Fédération Internationale de l ‘Automobile) bermula dengan cukup baik dengan kelebihan 23 saat pada peringkat awal Grizedale Forest Rally.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Namun malang menimpa mereka kerana mengalami tayar pancit pada pertengahan saingan menyebabkan mereka kehilangan banyak masa. Krew pasukan Mellors Elliot Motorsport tiba untuk membantu dan mereka berjaya mengurangkan defisit masa tetapi perlu menamatkan baki saingan sejauh 18 batu dengan ketinggalan 14 saat di belakang pendahulu.
Ini tidak mematahkan semangat mereka dan akhirnya mereka berjaya menamatkan saingan peringkat tersebut dengan kelebihan 46 saat untuk muncul sebagai juara. Pasukan ini akan meneruskan kerja-kerja pembangunan jentera Iriz R5 setelah tamat musim 2019 dalam persediaan menghadapi saingan untuk musim 2020.
Syabas kami ucapkan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Chicane Media
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
KOMEN TERKINI