ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Proton Iriz R5 tampil dengan liveri baharu menjelang Rali West Cork

Sukan Permotoran

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) telah mempertontonkan jentera rali Proton Iriz R5 dengan liveri baharu menjelang Kejohanan Rali BritishRali West Cork yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Jika tahun lalu keseluruhan jentera ini memakai warna oren dari syarikat pengeluar minuman keras Thornbridge Brewery Jaipur, kali ini ia tampil dengan kombinasi warna putih dan oren. Thornbridge Brewery masih kekal sebagai salah satu penaja utama dengan tambahan beberapa penaja baharu, seperti O’Connor Utilities Ltd, RVL, Michelin Motorsport dan Kielder WT.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Salah satu penaja utama baharu O’Connor Utilities Ltd merupakan syarikat kontraktor utiliti yang berpangkalan di Manchester. Syarikat tersebut telah ditubuhkan oleh pasangan adik-beradik, Tim dan Tom O’Connor pada 1994 . O’Connor Utilities Ltd turut mempunyai beberapa pejabat di North Wales, South Wales, Yorkshire dan London untuk memberikan perkhidmatan kontrak utiliti di seluruh UK.

Apa pendapat anda mengenai liveri baharu Proton Iriz R5 tahun ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply