ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Proton Iriz RX Supercar bakal beraksi dalam saingan rallycross terkemuka tahun depan!

Sukan Permotoran

Views

Ini berita yang pasti menggembirakan peminat jenama Proton dan juga sukan permotoran. Team RX Racing hari ini mengumumkan kolaborasi baharu untuk membawakan jentera rali Proton Iriz RX ke saingan rallycross terkemuka musim depan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Projek ini merupakan sebahagian daripada usahasama antara firma penyediaan rallycross yang paling dihormati di dunia, Tony Bardy Motorsport (TBM) bersama pakar rali Mellors Elliot Motorsport (MEM). Team RX Racing bakal memperkenalkan Proton Iriz RX Supercar serba baharu pada tahun 2021.

Jentera ini akan berkongsi pelantar asas dengan kereta rali MEM, Iriz R5 (kini Rally2) yang pertama kali diperkenalkan semasa Goodwood Festival of Speed pada 2017. Iriz juga merupakan satu-satunya kereta R5 di dunia yang telah lulus homologasi FIA untuk pemanduan kiri dan kanan, serta telah menjalani ujian ekstensif bersama Juara Dunia Rali dua kali Marcus Gronholm.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Selain itu, Iriz turut berjaya memenangi beberapa rali tempatan, antaranya Grizedale Forest Rally 2019. Iriz RX akan dibina khusus dari kerangka asas untuk Team RX Racing bagi membolehkannya bersaing dalam British Rallycross Championship 5 Nations Trophy, European Rallycross Championship dan World Rallycross Championship mulai tahun depan,

Ia kini sedang dibangunkan untuk memenuhi syarat persaingan rallycross peringkat tertinggi. Jentera ini bakal dikemudi oleh Juara Rallycross British 2007, Ollie O’Donovan dan akan dikendalikan untuk Team RX Racing oleh TBM, firma yang bertanggungjawab membawa O’Donovan ke kancah rallycross Supercar hampir 15 tahun. Iriz RX Supercar kini sedang dibina di fasiliti MEM di Derbyshire dengan bantuan dari jurutera TBM.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply