ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz, Saga dan Persona baharu terjah pasaran Brunei

Berita Tempatan

Views

Selepas pelancaran X70 pada Julai tahun lalu, pengedar Proton di Brunei, Pad Motors Sdn Bhd melancarkan Proton Iriz, Saga dan Persona versi terkini pada Jumaat lepas. Majlis dihadiri oleh para pelanggan, penggiat sosial dan pihak-pihak berkaitan akan diikuti dengan program jelajah mulai 28 Januari.

Selepas berjaya mencatat peningkatan jualan sebanyak sebanyak 55.7 peratus pada 2019 dan berada di tangga kedua dalam carta jualan, Proton akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi jualannya pada tahun 2020 disamping turut meningkatkan jualan eksport.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Untuk mencapai matlamat jangka panjang menjadi jenama terlaris di Malaysia dan ketiga di ASEAN menjelang tahun 2027, Proton perlu mengutamakan jualan eksport. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata pasaran eksport akan memainkan peranan penting dalam kenaikan jualan tahunan syarikat.

Jelas beliau, Proton turut mengambil kira keperluan pasaran di luar negara selain Malaysia ketika menaik taraf model Iriz, Persona, Exora dan Saga tahun lepas. Tiga daripada model tersebut kini berada di pasaran Brunei dan Proton akan terus mencari peluang untuk mengeksport kereta keluarannya ke lebih banyak negara.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Selain daripada model yang dikemas kini itu, Proton juga akan berusaha untuk mengembangkan jualan X70. Dengan model versi tahun 2020 yang telahpun mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim yang dibina dengan kos sebanyak RM1.2 juta itu, mereka kini mempunyai pilihan untuk memperluaskan lagi penjualan SUV pintarnya itu.

Tambah Dr Li Chunrong lagi, dengan memasarkan X70 di pasaran luar adalah penting bagi pertumbuhan jualan Proton pada masa akan datang, terutamanya di negara-negara ASEAN yang berdekatan. Ia akan menerajui pengenalan model Proton generasi akan datang yang kini sedang dibangunkan bersama Geely.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply