Proton mencatat jualan 12,230 unit (domestik + eksport) pada bulan September, sekali gus menjadikan jumlah jualan bagi tiga suku pertamanya pada tahun ini berjumlah 116,832 unit.
Ia merupakan peningkatan sebanyak 14.1 peratus berbanding tahun 2022, dan menetapkan asas untuk dorongan bagi suku keempat supaya melepasi jumlah 12 bulan tahun lalu iaitu 141,432 unit.
Berbanding bulan Ogos, jualan pada bulan September merudum sebanyak 1,725 unit manakala Jumlah Jualan Industri (TIV), turut menyusut ke bawah ambang 70,000 unit.
Walaubagaimanapun, pertumbuhan jualan Proton kekal mendahului jumlah pertumbuhan industri sebanyak lebih 3.7 peratus, manakala pegangan pasaran berjaya melepasi tahun 2022 dan kini berada 20.5 peratus atau 0.7 peratus lebih berbanding tahun sebelumnya.
Empat model Proton terus menjadi peneraju segmen masing-masing dengan Persona mengakhiri bulan September sebagai sedan segmen-B kedua paling popular dengan jualan sebanyak 2,053 unit.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
Model sedan ini kekal sebagai peneraju pasaran YTD dengan jumlah jualan sebanyak 18,614 unit, 72.6 peratus lebih daripada tahun lalu.
SUV keluarga premium X90 kini mengalami sedikit kelewatan dalam pengeluaran dan hanya 491 unit telah diserahkan pada bulan September, namun, dijangka kembali normal pada bulan ini.
Sebanyak 3,435 unit terjual setakat ini, dan X90 kekal sebagai peneraju jualan dalam pasaran SUV segmen-D. Dua lagi model peneraju segmen daripada Proton ialah X50 dan Exora.
X50 mencatatkan 2,210 unit jualan pada bulan September dan meskipun terpaksa akur kepada pesaingnya yang lebih murah, ia masih kekal sebagai SUV segmen-B terlaris.
Model MPV, Exora kekal sebagai peneraju segmen dan ketika ia menghampiri penghujung pengeluarannya, 367 unit telah dijual pada bulan September, menjadikan jumlah jualannya kepada 3,517 unit tahun ini.
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
Saga turut mengekalkan kedudukannya sebagai sedan segmen-A kedua terlaris dan kenderaan kedua paling popular di Malaysia.
Dengan 5,648 unit terjual pada bulan September, angka YTDnya kini berjumlah 51,484 unit, bersamaan peningkatan sebanyak 26.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Iriz pula menyaksikan peningkatan yang lebih besar dengan 682 unit terjual, manakala jumlah YTDnya kini 6,044 unit, iaitu peningkatan sebanyak 44.8 peratus.
Model SUV, X70 kembali ke kedudukan kedua keseluruhan dalam segmen-C dengan jumlah jualan sebanyak 779 unit untuk bulan tersebut dan 8,778 unit secara kumulatif.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, bulan Ogos menyaksikan ramai pembeli mengambil langkah ‘tunggu dan lihat’ pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober.
Tambah beliau, dengan kemas kini dan pengenalan model baharu dalam perancangan, pihaknya berharap dapat meneruskan ‘pendakian’ untuk menjadi antara jenama automotif terkemuka di rantau ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
KOMEN TERKINI