Lebih 40 tahun penubuhannya, Proton kekal sebagai jenama terlaris dalam kategori sedan di Malaysia. Jika anda membesar di Malaysia pada tahun 1980-an dan 1990-an, adalah perkara biasa melihat sedan Proton terparkir di kebanyakan halaman rumah.
Kereta buatan Malaysia ini bukan sahaja mampu milik, boleh dipercayai, dan praktikal, malah sering menjadi kenderaan pertama bagi kebanyakan keluarga.
Apabila anak-anak meningkat dewasa dan perlu ke kolej, kereta ini diwariskan kepada ahli keluarga yang lebih muda, memberikan mobiliti kepada pembeli kereta generasi demi generasi.
Warisan ini menyaksikan sebanyak 3.85 juta unit terjual hingga kini, dibina oleh ikon-ikon negara seperti Proton Saga, Proton Wira dan Proton Waja, yang pernah digunakan sebagai kereta polis di Humberside County, United Kingdom, dua generasi Proton Persona, Proton Prevé, dan yang terkini, Proton S70.
Dilancarkan pada bulan November tahun lalu, Proton S70 menjadi pilihan utama dalam kategori sedan segmen-C dalam jangka masa yang cepat, dengan jumlah jualan tahun-ke-tahun mencecah 14,877 unit sehingga bulan September.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Jualan keseluruhan telah mengatasi pesaing lain dalam kategori yang sama, dengan purata 1,640 unit terjual sebulan sejak bulan Januari tahun ini.
Model ini mendahului jualan dalam segmennya, dengan tiga negeri teratas iaitu Selangor, Johor, dan Pulau Pinang. Namun, penyumbang terbesar dalam kumpulan ini ialah Proton Saga yang sentiasa relevan, dengan jualan melebihi 2 juta unit sejak pelancarannya pada 9 Julai 1985 hingga bulan September tahun ini.
Model ini telah melalui perubahan besar menerusi tiga generasi, dengan peningkatan dari segi keselamatan, reka bentuk, prestasi, keselesaan dalaman dan ciri-ciri, pembangunan platform dan casis, serta badan yang lebih kukuh.
Seiring dengan perubahan zaman, model-model ini turut memperkenalkan peningkatan keselamatan yang relevan, seperti ABS, beg udara, tali pinggang keledar pra tegangan, struktur badan yang dibentuk dari tempaan panas, selain Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang ada pada Proton S70.
Satu lagi keistimewaan sedan Proton adalah gaya dan praktikalitinya. Sebagai contoh, Proton Saga mempunyai ciri yang mengingatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan mereka bagi memastikan tiada barang atau kanak-kanak yang tertinggal sebelum keluar dari kereta.
Proton Persona menawarkan ruang bagasi sebanyak 500 liter. Proton S70 pula menetapkan piawaian lebih tinggi dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan LED, kamera 360 darjah, evolusi terkini perisian, skrin sentuh 12.3 inci, dan juga bumbung suria.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Tinjauan terbaharu oleh Insight Asia yang melibatkan 277 peserta berumur antara 22 hingga 59 tahun mendedahkan bahawa pembeli mengutamakan kemampuan, keselesaan, dan keselamatan, bersama dengan reka bentuk yang bergaya dan moden.
Sebab-sebab utama untuk memilihnya termasuk estetika yang menarik, kuasa yang baik, dan nilai keseluruhan yang berbaloi, bermula dari lebih RM70,000.
Ramai pemilik telah naik taraf dari segmen yang lebih kecil dan tidak mempertimbangkan model lain, melihat model ini sebagai unik dalam kelasnya.
Secara keseluruhan, pemilik Proton S70 menyatakan kepuasan tinggi terhadap keselesaan kabin, ruang penyimpanan, dan ciri keselamatan.
Walaupun kebanyakan mereka melaporkan tiada isu yang ketara, ada yang mengalami masalah bunyi, getaran, dan kekerasan (NVH) yang kecil, yang tidak menjejaskan pengalaman keseluruhan mereka.
Cadangan untuk penambahbaikan termasuk pengenalan ciri seperti pengelap cermin automatik dan tempat duduk berventilasi, menurut Insight Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, dengan lebih 3.85 juta unit terjual, syarikat terus komited untuk memberikan kualiti, keselamatan, dan inovasi, memastikan setiap kenderaan mencerminkan dedikasi mereka terhadap keperluan pelanggan yang kian berkembang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI