ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton kekalkan momentum jualan – Lebih 10,000 tempahan Saga diterima setakat ini

Berita Tempatan

Views

Proton telah berjaya mencatatkan jualan kereta sebanyak 9,127 unit pada bulan Ogos sekaligus mengekalkan momentum kenaikan jualan bagi tahun 2019. Jumlah tersebut mewakili 17.6 peratus daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) untuk bulan Ogos, menjadikan keseluruhan pegangan pasaran untuk tahun ini sebanyak 15.3 peratus. Dari tahun-ke-tahun, pertumbuhan jualan kini berada pada kadar 36 peratus, meskipun TIV telah menurun sebanyak 5.8 peratus berbanding tahun lalu.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Setakat ini Proton adalah satu-satunya antara lima jenama terkemuka yang mencatatkan jumlah pertumbuhan dua digit. Proton kini berada di landasan yang betul untuk mengatasi keseluruhan jualannya pada 2018 iaitu sebanyak 64,744 unit. Jumlah jualan pada akhir Ogos adalah sebanyak 61,396 unit dan mereka menjangkakan momentum pertumbuhan jualan akan kekal sehingga hujung tahun.

Selain itu, Proton dijangka bakal mengatasi angka jualan tahun lalu sebelum akhir bulan September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, syarikat amat berterima kasih di atas penerimaan pelanggan terhadap pelbagai penawaran yang diberikan. Mereka juga optimis untuk mengakhiri tahun 2019 pada kedudukan yang kukuh menerusi pelbagai inisiatif seperti pembukaan lebih banyak cawangan 3S/4S serta penambahbaikan khidmat pelanggan dan kualiti produk.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Setakat ini tempahan Saga 2019 telah melebihi 10,000 unit sejak ia dilancarkan pada 6 Ogos lalu. Lebih 1,000 daripada tempahan tersebut adalah melalui platform secara dalam talian Proton di mana pelanggan boleh menempah model tersebut hanya dengan RM9.99. Oleh kerana sambutan yang luar biasa, Proton telah melanjutkan tempoh tempahan dalam talian sehingga 17 September.

Dr Li Chunrong berkata, pelanggan begitu tertarik dengan dengan rekaannya yang diperbaharui, komponen yang dipertingkat serta sistem infotainmen skrin sentuh yang ditawarkan. Syarikat turut kagum dengan jumlah tempahan dalam talian yang diterima setakat ini dan ia telah melebihi jumlah yang mereka terima sebelum ini untuk X70.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply