ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton kembali beroperasi secara berperingkat mulai esok

Berita Tempatan

Views

Berhubung dengan pengumuman oleh Perdana Menteri pada 1 Mei yang lalu, Proton akan kembali menjalankan operasinya secara berperingkat bermula esok (5 Mei 2020) dengan mematuhi segala arahan dan syarat seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D

Proton akan membuka semula pusat jualan dan servis pada 5 Mei 2020, namun ia tertakluk pada cawangan- cawangan yang terletak di zon kuning dan hijau. Semua premis dan kakitangan perlu mematuhi protokol keselamatan yang ketat seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dalam usaha untuk mengekang penyebaran virus COVID-19.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata mereka akan kembali memulakan semua aktiviti perniagaan secara berperingkat dengan mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan bagi menyesuaikan keadaan dengan norma baharu.

Selain daripada pusat pameran, operasi pengeluaran di kilang-kilangnya di Tanjung Malim dan Shah Alam akan bermula secara berperingkat bermula 5 Mei. Pejabat korporat di Pusat Kecemerlangan (COE) juga akan mula beroperasi, namun, akan mempraktikkan amalan kerja baharu bagi meminimakan risiko jangkitan.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang rasmi proton.com atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan: 1-800-88-8398.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply