Seperti yang diwar-warkan dalam artikel terdahulu, hari ini secara rasminya Proton telah menandatangani Perjanjian Pengedaran Am untuk menjual dan servis kenderaan tenaga baharu (EV) premium daripada smart Automobile Company (smart) untuk pasaran Malaysia dan Thailand.
Model pertama, smart #1 yang akan dijual oleh Proton dalam fasa awal kerjasama ini bakal dilancarkan pada awal suku keempat (Q4) 2023. Kerjasama penting antara Proton dengan smart adalah untuk penjualan kenderaan, namun, terdapat pembangunan keseluruhan untuk menembusi pasaran tenaga baharu.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Sebagai contoh, Proton mengumumkan hasratnya untuk melabur dalam rangkaian pengecasan dengan kerjasama pembekal pengecasan tempatan, di samping menyedia dan memasang unit domestik untuk pelanggan yang ingin mengecas kenderaan mereka di rumah.
Proton turut berhasrat untuk memodelkan operasi jualan untuk smart seperti yang dilakukan oleh syarikat tersebut di pasaran lain.
Oleh itu, penekanannya adalah integrasi gaya hidup digital dengan elemen lain yang akan menyesuaikan pilihan pelanggan dengan penyelesaian digital yang merangkumi perancangan perjalanan, ketersediaan pengecas dan pertimbangan pembelian.
Antara perkara yang sedang diterokai oleh Proton dengan kemasukan ke dalam pasaran ini adalah untuk menarik bakat muda. Proton akan melaksanakan rancangan jangka masa panjang untuk pelestarian dan kecekapan tenaga serta meningkatkan skor ESGnya bagi menarik minat pekerja industri automotif generasi akan datang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong, peralihan ke dalam segmen pasaran ini juga akan membantu Proton ke arah menjadi lebih mesra alam dalam semua aspek operasi di samping berusaha untuk membantu Malaysia mencapai sasaran neutraliti karbon menjelang 2050.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI