ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lahirkan enam enjin modular VVT, GDI dan Turbo GDI

Views

⦁ Enjin Petrol Suntikan Terus (GDI) asas empat silinder 1.3 dan 1.5 liter
⦁ Enjin tiga silinder VVT 1.0 dan 1.2 liter turut dihasil
⦁ Enjin Turbo GDI 1.3 dan 1.5-liter untuk model premium

Minggu ini Proton melangkah maju dengan bermulanya program unian untuk keluarga enjin terbaru yang akan menggantikan keluarga campro yang sudah digunakan sejak 2004. Keluarga enjin modular baru ini dihasilkan menggunakan teknologi suntikan terus petrol bagi memenuhi keperluan teknikal semua model masa depan walau dimana mereka dijual.

Enjin baharu ini direkabentuk supaya boleh melulusi syarat Euro 6C yang mewajibkan kecekapan tinggi dalam pembakaran bahanapi dan juga penyahan karbon yang amat rendah. Enjin baharu ini dikatakan boleh lulus dengan mudah semua syarat yang akan dikuatkuasakan selepas 2020.

Proses pembangunan keluarga enjin baharu bermula pada bulan Mac 2015 dengan lebih 200 jurutera dari Proton dan telah memasuki fasa ujian pada minggu ini apabila enjin pertama dihidupkan pada hari Isnin, 17 Januari, 2016. Teras keluarga enjin ini ialah varian GDI empat silinder 1.3-liter dan 1.5-liter dan dari asas ini, para jurutera Proton bersama konsultan dari Ricardo telah menghasilkan dua lagi enjin kecil tiga silinder berkapasiti 1.0 liter dan 1.2 liter dengan mengurangkan bilangan silinder.

Proton Ricardo 1-6

Foto ihsan careta.my

Proton akan terus menggunakan blok besi tuang untuk enjin GDI ini. Walaupun mungkin ada yang merasakan blok aluminium lebih baik kerana lebih ringan, beberapa syarikat besar terus kekal dengan blok besi, terutamanya untuk enjin GDI yang beroperasi pada nisbah tekanan yang lebih tinggi. Proton tidak menyatakan nisbah tekanan bagi enjin baru mereka tetapi terdapat enjin GDI seperti Mazda Skyactiv yang mempuyai nisbah tekanan setinggi 14:1, hampir sama dengan nisbah tekanan enjin diesel.

Mazda Skyactiv merupakan enjin aluminium sepenuhnya manakala Ford Ecoboost menggunakan blok besi tuang kerana ianya lebih kuat dari blok aluminium dan dapat mencapai suhu operasi optimum lebih cepat dan ini dianggap sebagai kompromi yang wajar walaupun ianya lebih berat. Menurut pengarah kejuruteraan Proton, Amrizal Abdul Majid, keputusan untuk meneruskan penggunaan blok besi tuang juga dipengaruhi oleh kilang enjin Proton yang sedia ada yang menghasilkan blok besi tuang.

“Kami mahu mengoptimiskan penggunaan aset sedia ada dan selain dari pertimbangan teknikan ini antara sebab mengapa enjin baru ini menggunakan blok besi tuang. Sekiranya kita memutuskan untuk membuat pelaburan baru pada dasiliti kilang enjin dan beranjak kepada teknologi aluminium, mungkin enjin masa depan Proton akan menggunakan blok aluminium.

“Namun kepala silinder enjin akan terus menggunakan aluminium bagi menjimatkan berat dimana boleh dan ini selari dengan aplikasi sedia ada Enjin Campro dan VVT,” tambah Amrizal. Penghasilan enjin berkapasiti bawah dua liter menepati trend enjin masa kini kerana pembeli mahukan enjin yang memiliki kecekapan bahanapi yang tinggi dan mesra alam.

Menurut CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah enjin tiga silinder mampu memulangkan kecekapan bahanapi yang lebih rendah dari 3-liter/100 kilometer manakala enjin empat silinder dijangka lulus dengan mudah syarat penghasilan karbon dioksida 95g/km. Bagi kita yang mahukan kuasa dan kepuasan memandu, enjin 1.5-liter Turbo GDI dijangka menghasilkan 180hp dan 250Nm tork, satu angka yang cukup menarik jika ianya dipasangkan pada model Suprima S ataupun kelas yang sama.

Proton Ricardo 1-8

Foto ihsan careta.my

“Keputusan untuk menghasilkan enjin teras 1.3-liter dan 1.5-liter adalah berdasarkan dua faktor penting, iaitu keperluan model masa akan datang serta keperluan pasaran yang berbeza, terutamanya dari segi cukai dan duti. Dengan menggunakan konsep modular, keluarga enjin baharu ini dikembangkan dengan dua enjin kecil 1.0 dan 1.2 liter tanpa perbelanjaan tambahan yang besar.

Proton membelanjakan RM600 juta untuk enjin baharu ini dan mereka juga sedang membangunkan enjin 4-silinder 2.0-liter NE-01 yang dibangunkan oleh Petronas.  Fasa ujian dan pemasangan pada model komersil bermula dengan hidupnya enjin pertama dengan Proton, Ricardo, Lotus dan vendor sistem enjin menguji keluarga enjin ini pada 25 tapak ujian dyno di seluruh dunia.

Ujian ketahanan akan dijalankan dan program simulasi 5-juta kilometer dirancang bagi memastikan enjin tersebut mampu bertahan walaupun diguna lasak. Untuk mencapai simulasi tersebut, enjin ini akan hidup selama 250,000 jam pada pada tapak ujian dyno mengikut profil kelajuan enjin tertentu. Sambil itu ianya juga akan diuji pada kelajuan maksimum untuk masa yang panjang bagi menguji kecekapan termal.

Enjin ini akan mula diuji di Malaysia pada bulan September atau Oktober dan seterusnya dipasang pada kenderaan untuk ujian di jalan raya. “Ujian di jalan raya akan berterusan hingga 2018 bagi kesemua enjin namun enjin pertama dijangka memasuki pasaran pada akhir 2017,” kata Abdul Harith. “Kita akan memasang enjin ini pada beberapa model pilihan tahun 2018 manakala enjin VVT yang sedia ada akan juga terus digunakan untuk pasaran dan segmen tertentu. “Enjin baru ini sudah tentu datang dengan sedikit peningkatan kos dan pada fasa awal kita akan memasangnya untuk model dan pasaran yang perlu sebelum ianya masuk ke produk dan negara lain,” katanya lagi.

Artikel oleh : Shamsul Yunos

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

27 Comments


  • cuma ada 1 yg x faham. engin GDI ni kiranya engine 100% baru ker? Maksudnya ada kaitan atau xder kaitan dengan engine petronas ni?

    Ada 6 engine baru. Dan tambahan 1 engine 2.0 NE01 petronas. Adakah ini bermaksud

    ianya 6 engine baru yg xda kena mengena ngan engin petronas dan 1 engin 2.0 petronas.

    Adakah ianya bermakna semua total 7 engine?


    • engine totally new… 6 engine baru + 1 engine petronas = 7 engine dalam pipeline proton sekarang ni. engine baru ini mmg takde kene mengena dengan engine petronas kerana dalam kelas yg berlainan cuma mempnyai teknologi yg sama.


  • Oleh kerana enjin generasi baru ini akan digunakan pada tahun akhir 2017/awal 2018, apakah langkah awal proton untuk menarik minat pelanggan yang berpotensi untuk membeli model-model baru yang akan dikeluarkan pada tahun ini, memandangkan ia masih menggunakan enjin generasi campro.

    Saya tidaklah menyatakan enjin campro yg ada sekarang terlalu teruk prestasinya, namun ia menjadi salah satu sasaran kritikan. Tambahan lagi dengan padanan punch cvt, refinement yg diperolehi kadangkala tidak sebaik kereta lain.

    Saya berharap proton mengumumkan secara rasmi penggunaan cvt torque converter untuk enjin generasi campro pada model-model baru tahun ini. Setidak-tidaknya, ia akan menjadi satu tarikan sebelum enjin baru digunakan nanti.


  • Sabotage team says

    Mengikut pengamatan saya
    Mula mula proton beli engine petronas dengan teknologi gdi serta paten dan jurutera petronas
    Dengan teknologi petronas dan bantuan richardo dan lotus
    Proton telah berjaya menambah mengembangkan lagi saiz famili engine ini
    Bermula dari 1.0 1.2 1.3 1.5 gdi
    Dual vvt dan di sedapkan lagi dengan pemanis turbo bagi 1.3 dan 1.5
    Ini adalah hasil tangan petronas ketika dahulu eo1 dan dikembang oleh proton neo1..
    Jadi semua ada 7 engine generasi selepas tahun 2020 dalam tunnel proton tunggu untuk di unleash kan
    Lepas ini perdana dapat engine baru 2.0 tgdi
    Bye engine honda 2.0 dan 2.4
    Ivtec
    Tahniah kepada
    Arwah tan seri yahaya ahmad
    Tun dr mahathir
    Tan seri mokhtar al bukhari
    Tan seri tengku mahaleel
    Engineer petronas
    Engineer proton
    Engineer richardo
    Engineer lotus
    Pembeli kereta proton
    Penkritik kereta proton
    Pembeli kereta lotus
    Malas nak letak nama DSZA sebab jual MV Agusta..
    Okela bagi kredit kpd dsza sebab berjaya dengan persona dan exora saga blm
    Thanks campro kerana berjasa
    Kpd sabotage team
    Cari idea untuk proton tutup kedai


    • Marah kat sape beli, lepas tu tak kembangkan. Mana boleh marah DSZA. Dia cuma CEO. keputusan bukan dibuat oleh dia. Keputusan dibuat pemilik saham jugak.

      Kenapa nak marah? Sejak Proton beli MV agusta, macam takde perubahan. Tetibe terpaksa dijual untuk sealmatkan Proton, marah kat DSZA? Belajar skit la pasal ekonomi ni. Mohon cerdik


  • TAHNIAH PROTON YANG MENJADIKAN GUA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA.YANG LAIN GUA NO KOMEN DALAM KELUARGA GUA ADA 6 KERETA PROTON.OK JE.SEBAB SETIAP KERETA ADA KELEMAHAN TERSENDIRI.


  • Cool.. Tertarik dengan kecekapan bahan Bakar euro 6 tetapi boleh menjana kuasa sehingga 180hp.. Enjin 3 silinder pula hanya menggunakan 3 liter Setiap 100km tanpa hybrid..


    • Enjin ni totally new. Tak boleh beranggapan ia baik-baik sahaja. Pasti ada kelemahan yang perlu dibaiki dari masa ke semasa.

      Kebanyakan gergasi automotif dunia seperti Honda, Toyota, volkswagen, merc, bmw guna engine yang dah upgrade bertahun-tahun lamanya.

      BTW good job.


  • Mmm… tahniah proton. Maju setapak lagi dlm bidang kejuruteraan enjin pula walaupun sy nie buta ilmu pasal bab2 enjin nie. Hehe. Trserah pada pakar2 kat blog nie berkongsi info:)

    Satu kolaborasi proton n Ricardo yg bijak. Oh ya, pusat penyelidikan enjin ricardo juga adalah pusat kilang pemasangan enjin terbaru kereta super car honda mc Laren kn?:) bertuah proton dpt guna peluang menimba ilmu di sini. Sekadar share info, enjin2 baru proton nie dikenali secara x rasmi sebagai volcano n magma, betul ke?

    Pembangunannya mengambil masa selama 40 bulan. Satu tempoh masa yg agak singkat bagi pembinaan enjin baru. Faktor ini didorong oleh enjin petronas e01yg dibeli proton drp petronas. Proton mngunakan teknologi yg sama dgn enjin petronas nie walaupun dua enjin nie berbeza. Enjin petronas ini sudah tersedia 17 teknologi baru enjin dgn 117 komponen yg telah dipaternkn. So, adakah secara kebetulan tarikh 17hb dipilih?:)

    Cheers!


    • McLaren M838T co-develop dengan Ricardo dan pasang dekat Ricardo. Oh dan blueprint engine ni nenek moyang Nissan punya engine. Engine Honda turbo V6 yang dekat NSX baru tu Cosworth co-develop. Permulaan yang bagus, cari consultant yang betul-betul competent untuk keluarkan produk baru. Lotus Engineering terlalu terhad dari segi prasarana mungkin, tu sebab kena cari team lain. RM600 juta untuk kos seperti kecil berbanding Ford R&D U.K laburkan dekat Eco-Boost tu. Good luck. GDi dan TGDi we go!


      • Tepat sekali, Ricardo is a good engine consultant, in fact probably one of the best. No shame in using outside help

        Porsche is consultant to many car companies tapi dia guna Toyota as consultant untuk production sebab The Toyota Way is considered the most efficient
        Tak sabar nak dengar bunyi enjin baru


        • Powertrain department kena mantap la kali ni untuk testing, reliability, durability, efficiency. God luck Ricardo and Proton Lotus Team.


    • Tahniah untuk sasaran Euro 6C compliance dan juga keseriusan pembangunan enjin kecil berkecekapan tinggi.Sounds promising from engine development section.


  • Sabotage Team??? Marah sbb usaha sabotaj gagal?

    Yg kt atas tu marah DSZ ex Ceo Proton yang paling cemerlang tu krn kes jual besi buruk Agusta MV tu? Habis dipadamnyer kepimpinan dan agresif memulihkan Proton dalam masa singkat hanya kerana MV Agusta? Mcm kau bawa suara orang pro-Tun yang dendam dgn DSZ sehingga dengan jayanya dia disingkirkan tanpa sebab kukuh, tu jelas jer more bias on political hatred dr bercakap soal automotif.

    Protol jual MV Agusta bukan keputusan DSZ tp Board of Directors yg diketuai chairman lantikan Khazanah, Dato Azlan Hashim, bila Khazanah ambil alih Proton yang telah ‘ditenatkan’oleh Mahaleel, makan Proton wajib follow plan Khazanah, nak pakai duit khazanah takkan pula ikut telunjuk bekas ceo/pm?

    Dato Azlan Hashim dan key peoples masa tu membuat keptusan yang kritikal dan pantas dengan memberi cuti awal kepada CEO MERAPU of Proton, Mahaleel, yang punca menyebabkan kebencian jenama Proton masih ada sehingga hari ini. Mengekalkan vendor yang bertalihayatkan kabel politik, kualiti parts Proton merudum teruk, tiada penarafan, kualiti pusat servis seperti workshop ‘pokok ceri’, claim warranty yg amatx3 susah, tiada recall program wpun 5/10 Waja design failed pd power window guide blades, fuel pump electrical failure, etc, pembeli rasa amat tertipu.

    Beliau yang dibuai bermimpi di siangbhari dan kaki golf lebih byk dari kaki floor plant menambahkan beban Proton dengan pemilikan Agusta MV company bermasalah Italy yg sarat dengan beratus juta hutang. Manakala Proton sedang tenat dengan kerugian berterusan, celah mana pembenci DSZ lihat ia suatu yg positif? Nk selamatkan Proton atau Agusta?

    Dengan izin Tuhan, Dato Azlan Hashim sbg penyelamat dengan pengaruhnya dan restu PM Tun Abdullah, Proton menerima CEO baru dan terbaik setakat ini, mengalami penstrukturan besar dan suntikan modal. Alhamdulillah berkat keikhlasan team ini dengan ketrampilan DSZ, Proton mengharungi detik sukar hampir dijual telah berjaya mencatat untung dan kembali popular. Blm dibangunkan atas platform Savvy yg sgt tidak laku dipasaran, kurang 10k unit dijual setahun. Akhirnya BLM penyelamat kos Savvy dan begitu juga kualiti buruk Gen2 kepada Persona. Penambahbaikan Campro, kpd IAFM, IAFM +, CPS, CFE aka soft turbo dalam masa singkat, lahirnya Exora CPS, MC, MC1, Preve dan Iriz adalah dr lndasan zaman DSZ.

    Kini kejayaan pemulihan Proton berjaya majukan Proton ke hadapan. Tanpa Proton pulih ketika zaman tenat 2001-2005, wpun Tun M masih PM ketika itu, jangan haraplah pembangunan RND yg mahal2 ini boleh berlaku. So hrp kita muhasabah, jangan jadi team pensabotaj seperti Sabotage Team tu.. ketaksuban tidak akan memulihkan Proton.


    • Satu perkembangan hebat dan membanggakan kepada team Powertrain Proton serta Ceo Dato Harith kerana dalam keadaan ekonomi amat sukar inipun Proton berani dan agresif menumpukan pelaburan besar pada development 7 types of engines. Cukup lega dengar line up dengan distribution of engine classes ini cover dr 3 silinder to 2.0. Thumbs up dn dgn ini hrp2 enjin varian baru ini practically betul2 jimat petrol dan plg penting low vibration n noise dB. Compro skrh suffered dgn padanan gbox conventional dn cvt yg high vibration dn noises. Penyebab xde minat dn tarikan bg pembeli. Iriz 1.3 masih xboleh nk menandingi comfort engine sound even ‘nenek tua’ Magma 12v Iswara 1994.
      refinement of tuning.. aspek pnting yt xboleh dibiar tggun next batch baru nk selesaikan. Hopefully semua ini dh aware di Proton RnD.

      Cheers n doa semoga enjin2 baru ini berjaya dikomersilkn ikut jadual.


      • First of all iron the oil cooler hose in CFE engine system. Too many blown up engine and this is what we called engine failure which is harmful to the owner. Where is the recall session? How to cater their customer if the customer being ignored? Just wake up Proton. Just cut all the 3rd class vendor. No quality. Come on. Powertrain department, please take note. This is ENGINE.


  • Predeksi awal saya power output utk enjin baru proton

    1.0 vvt-70 hp,110 nm
    1.2 vvt-90 hp,135 nm
    1.3 GDI-100 hp,150 nm
    1.5 GDI-125 hp,170 nm
    1.3 TGDI-140 hp,215 nm
    1.5 TGDI-180 hp,250 nm
    2.0 TGDI-230+hp,300+nm

    Cuma bagi saya,proton perlu fokus dkt TGDI 1.0,1.3,1.5 dan 2.0 sahaja sbb sekarangi trend downsizing turbo dan boleh jimat kos dan masa pembangunan serta lepas emisi euro 6..
    Tambahan,enjin proton baru dah guna timing chain dan ada start stop..Kalau ada yng merungut lagi tu x tau nak kta pa sbb proton dah dgr pendapat org rmai


  • NE01 dh lama dibngunkan oleh petronas dalam penglibatan F1 semasa proton baru bangunkan prototaip enjin campro.tp proton tak mahu ambil enjin ni sbb baru bgunkan teknologi ni…dan china dah lama nak beli enjin NE01 tapi petronas xjual.baru sekarng berubah teknologoi NE01 .sebab tu bila dengar recardo kenapa ada enjin petronas…sebab proton nak bgunkan semua enjin terbaik dari 1.0 hingga 2.0.

Leave a Reply