ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar Exora 2023 (RC2) – Logo baharu, ESC standard semua varian, harga dari 62,800

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini melancarkan model MPV tujuh tempat-duduk yang dikemaskini, Exora 2023 (Running Change-RC2) di Proton KEB Auto Sdn Bhd TTDI Kajang, Selangor.

Dua varian ditawarkan, iaitu Executive dan Premium dengan lima pilihan warna yang menarik iaitu Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red dan Cocoa Grey.

Harga atas jalan tanpa insurans (termasuk SST) adalah seperti berikut:

VarianSemenanjung Malaysia Malaysia Timur
1.6T Executive CVT RM62,800 RM65,300
1.6T Premium CVT RM69,800 RM72,300

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, Exora 2023 (RC2) telah dinaik taraf dan membuatkan ianya lebih baik untuk semua pemandu dan juga penumpang, merentasi pelbagai aplikasi dengan fokus untuk mengukuhkan ciri kuasa, ruang dan nilai.

Tambahnya, dengan lebih 180,000 unit terjual sepanjang 13 tahun, Proton Exora adalah MPV segmen C dengan penjualan terbaik setakat ini dan masih mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini.

Dari segi luaran, ia menerima logo Proton baharu berbentuk bulat pada jeriji hadapan dan juga pintu belakang. Exora 2023 (RC2) dilengkapi dengan lampu siang LED (DRL), rim aloi bersaiz 16-inci kemasan dwitona, skirt sisi, spoiler belakang dan bumbung hitam dengan hiasan belakang berwarna hitam.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Di ruang kabin, model ini dilengkapi dengan Penapis Kabin N95, sistem infohibur dengan paparan sentuh 7-inci dengan ciri Arahan Suara, navigasi dalam talian, sambungan telefon pintar dan dua slot USB untuk mengecas peranti elektronik.

Exora 2023 (RC2) masih mengekalkan enjin pengecas turbo 1.6 liter yang menjana kuasa 140PS dan 205Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan dua beg udara SRS hadapan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) serta kamera undur dan penderia parkir belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply