ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar inisiatif tenaga solar di Tanjung Malim, mampu jimatkan bil elektrik RM4.39 juta setahun

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini melancarkan inisiatif tenaga solarnya di kilang Tanjung Malim. Projek ini akan membantu pengeluar kereta nasional itu mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 11,536 tan setahun sambil menjimatkan kos utiliti.

Panel solar dwi-muka ini dipasang di parkir kereta terbesar di Malaysia, termasuk panel solar yang di atas bumbung kilangnya berkapasiti 12MWp (puncak Megawatt), yang cukup untuk memenuhi sehingga 25 peratus penggunaan tenaga kilang tersebut.

Parkir kereta berpusat Proton meliputi kawasan seluas 23.4 ekar menyediakan ruang parkir untuk 2,880 kereta dan digunakan sebagai tempat transit untuk kereta yang dikeluarkan di Tanjung Malim sebelum diedarkan kepada pengedar dan cawangan di seluruh negara.

Ruang itu kini diliputi oleh 20,544 panel solar dwi muka, yang berfungsi sebagai tempat berteduh bagi melindungi kereta yang baharu daripada unsur-unsur kerosakan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Ia dibina dan ditauliahkan oleh Kumpulan Pekat dan rakan bersekutunya MFP Solar. Kemudahan panel solar tempat letak kereta itu boleh menjana 9MWp dan merupakan yang terbesar di Malaysia dan juga antara semua pengeluar kereta di negara ini.

Ia juga berpotensi untuk mengurangkan bil elektrik Proton sebanyak RM4.39 juta setahun dengan penjimatan sebanyak RM1.46 juta melalui 3MWp yang dijana oleh panel yang dipasang di atas bumbung kilang.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, penggunaan sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui juga membolehkan mereka mengurangkan 11,536 tan karbon dioksida di atmosfera.

Penggunaan solar merupakan sebahagian daripada pelan penjimatan tenaga holistik Proton yang bermula sejak 2015. Syarikat itu telah melancarkan Proton Green Wheel dan Polisi Hijau pertamanya pada 2015, yang terdiri daripada 5 fasa.

Fasa 1 bermula dengan perlaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga di kilang pengeluaran dan ibu pejabatnya untuk mengumpul dan menilai data penggunaan.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Selepas pengumpulan dan penganalisisan data tenaga selama dua tahun, Proton mewujudkan garis dasar tenaga di seluruh kilang dan pejabatnya yang memberikan gambaran yang lebih mendalam untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Fasa 2 terdiri daripada langkah-langkah Kecekapan Tenaga di mana beberapa projek penjimatan tenaga telah dilaksanakan. Ini terdiri daripada pemasangan lampu LED, penggantian penyejuk dengan penyejuk magnet, dan menggunakan unit pemampat induk untuk menyegerakan bekalan udara termampat untuk memadankan permintaan semasa pada setiap bahagian pengeluaran.

Fasa 3 pula memberi tumpuan kepada Pengurusan Sisa dan Air. Proton telah melaksanakan sistem di mana air kitar semula digunakan untuk menara penyejuk pemampat dan menambah air untuk tangki air pili (hydrant) di kilang Tanjung Malim.

Fasa 4 ialah penggunaan tenaga boleh diperbaharui melalui loji tenaga solar manakala Fasa 5 bertujuan mendigitalkan semua data tenaga Proton dalam pelayan awan (cloud server) untuk memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Analisis Data Raya bagi membolehkan pengurusan tenaga syarikat dengan ramalan penggunaan tenaga dan langkah preskriptif bagi mengurangkan penggunaan tenaga di semua kilang dan kemudahan pejabat.

Dalam tempoh lima tahun dari 2015 hingga 2020, inisiatif ini telah mencapai penjimatan bil tenaga sebanyak RM20 juta atau bersamaan penjimatan 55,000 MWj dan lebih 40,000 tan pengurangan pelepasan karbon dioksida ke udara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply