ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar Iriz facelift 2022 – Harga dari RM40,300, varian Active diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Serentak dengan pengenalan model Persona 2022, Proton turut melancarkan model facelift Iriz 2021. Iriz 2021 ditawarkan dengan tiga pilihan varian dengan dua pilihan enjin – 1.3L Standard CVT, 1.6L Executive CVT dan varian baharu, 1.6L Active CVT.

Harga jualan tanpa insurans termasuk ‘cuti cukai’ yang ditawarkan bermula dari RM40,300 untuk varian 1.3L Standard CVT, RM47,100 untuk varian 1.6L Executive CVT dan RM54,000 untuk varian 1.6L Active CVT.

Sama seperti Persona 2021, Proton tidak lagi menawarkan transmisi manual pada model Iriz MC2 dan hanya menawarkan transmisi CVT sahaja yang dilengkapi dengan fungsi SAT (Stepped Auto Transmission). Dua warna baharu ditawarkan untuk varian Active iaitu Citric Orange dan Passion Red dengan kemasan bumbung hitam.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Berikut adalah perincian ringkas Iriz 2022 mengikut varian:

1.3L Standard CVT

  • Enjin 1.3 liter VVT
  • Transmisi CVT
  • Empat beg udara SRS
  • Lampu depan baharu jenis halogen
  • Rim aloi 15-inci
  • Kemasan tempat duduk fabrik
  • Perehat tangan dengan kotak konsol
  • Suis mod ECO
  • Penapis kabin N95
  • Pemain audio standard
  • Enam port USB

1.6L Executive CVT (Tambahan dari varian 1.3L CVT)

  • Enjin 1.6 liter VVT
  • Enam beg udara SRS
  • Lampu siang LED (DRL)
  • Rim aloi 16-inci rekaan baharu
  • Spoiler belakang

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

  • Ciri kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin
  • Kemasan tempat duduk kulit
  • Sistem infohibur dengan skrin sentuh gaya terapuh bersaiz 8-inci
  • Kamera undur

1.6L Active CVT (Tambahan dari varian 1.6L Executive CVT)

  • Lampu depan baharu jenis LED
  • Kit badan gaya crossover
  • Kemasan bumbung hitam termasuk rel para bumbung
  • Kemasan tempat duduk separa kulit
  • Sulaman logo Active
  • Fungsi arahan suara
  • Navigasi dalam talian
  • Injak (pedal) sporty
  • Alas kaki sporty

Model ini telah menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP dan  dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan Keluli Tempa Panas (HPF), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mula Mendaki (HHA).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply