ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar model baharu di Mesir

Views

Proton memperkenalkan model-model baharu ke pasaran Mesir di cawangan 4S baharu di Smart Village, Abbou Rawash, Giza yang telah dinaik taraf mengikut Identiti Korporat terkini Proton. Majlis telah dirasmikan oleh Steven Xu Yuan, Pengarah Jualan Antarabangsa Proton bersama Encik Hisham Ezz Elarab, pemilik Alpha Ezz Elarab dan disaksikan oleh Yang Terutama Encik Mohd Haniff Abd Rahman, Duta Besar Malaysia ke Mesir.

Sejumlah 246 buah kereta Proton terdiri daripada pemanduan sebelah kiri Saga dan Exora tiba dengan selamat di pelabuhan Mesir bulan lepas dari Tanjung Malim. Ia akan diedarkan oleh pengimport tunggal kereta Proton di Mesir iaitu Alpha Ezz Elarab yang akan melakukan penghantaran ke tujuh pusat cawangan dan pengedarnya di sana.

Pengimport mensasarkan jualan sebanyak 1,400 unit bagi 2019, yang juga merupakan sasaran yang mampu dicapai di mana Saga dan Exora Plus baharu akan mula dijual pada pertengahan tahun depan. Alpha Ezz Elarab juga merupakan syarikat pertama yang membawa Identiti Korporat terkini Proton pada bilik pameran luar negara.

Dibuka kepada orang ramai bermula 10 November, pusat cawangan ini menyediakan perkhidmatan jualan, servis, alat-alat ganti serta mempunyai kemudahan membaiki yang meliputi kawasan sebesar 15,000 meter persegi. Cawangan-cawangan Proton lain di Mesir yang akan menampilkan Identiti Korporat baharu adalah di Al-Battal Street, Mohandessee dan Nahas Street, Bandar Nasr.

JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

Tahun 2019 akan memperlihatkan perubahan besar pada pasaran automotif Mesir. Pengurangan cukai import untuk kereta- kereta Eropah secara beransur-ansur akan membawa kepada harga yang lebih rendah dan pengguna akan memilih untuk membeli kereta-kereta tersebut. Untuk mengatasi cabaran ini, Proton dan rakan kongsinya di Mesir sedang mempertimbangkan pelbagai strategi termasuk memulakan operasi CKD.

Walau bagaimanapun, strategi yang dirancang memerlukan pengambilan beberapa langkah penting termasuk kajian kebolehlaksanaan untuk memastikan ia menjadi pelaburan ekonomi munasabah oleh semua pihak yang terlibat. Dengan mewujudkan operasi CKD ia bermakna Proton akan dapat memanfaatkan insentif pemasangan tempatan dan Mesir boleh digunakan sebagai hab serantau untuk menghasilkan kereta-kereta yang akan dijual di rantau Timur Tengah Afrika Utara (MENA).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata model-model yang dilancarkan di Mesir ini akan memulakan penjenamaan semula Proton di pasaran negara berkenaan. Dengan operasi CKD di Mesir, ia tidak akan hanya terhad kepada hanya pasaran tempatan kerana Proton juga akan cuba memenuhi permintaan dari seluruh negara MENA.

Untuk memastikan kemasukan model-model baharu Proton menerima publisiti meluas dengan cepat, rakan-rakan media dijemput untuk memandu uji kereta-kereta tersebut selepas acara pelancaran. Dua hari kemudian, para pelanggan akan menghadiri acara ‘Hari Keluarga’ yang menyediakan pameran kereta, aktiviti pandu uji, live band, persembahan badut dan tarikan-tarikan lain di taman hiburan mini di dalam premis Proton 4S tersebut.

JOM BACA >> INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply