ARKIB

KATEGORI

Buletin

PROTON lancar Prevé dan Exora Prime di Thailand International Motor Expo 2012

Views

PROTON telah melancarkan Prevé dan Exora Prime di Thailand International Motor Expo 2012 yang berlangsung di Bangkok. Pelancaran kedua-dua model ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Lukman Ibrahim. Turut hadir Pengarah Urusan Phranakorn Auto Sales, En. Thawatchai Jungsanguanpornsuk, Phranakorn Auto Sales merupakan pengedar tunggal kereta Proton di Thailand.

Dengan pelancaran Prevé dan Exora Prime, tempahan kedua-dua model ini telah dibuka untuk secara rasminya untuk pasaran Thailand yang merupakan pasaran istimewa buat PROTON. Selepas empat tahun bermula dari pelancaran model pertamanya, sambutan yang begitu menggalakkan dari pelanggan di sana menyaksikan PROTON berjaya menduduki 10 tempat teratas pasaran kereta penumpang di Thailand.

Prevé  ditawarkan pada harga atas jalan (dengan insurans) THB625,000 (MT) dan THB655,000 (CVT) untuk varian Standard , THB665,000 (MT) dan THB695,00 (CVT) untuk varian Executive dan THB759,000 untuk varian Premium . Empat pilihan warna boleh dipilih iaitu Blue Lagoon, Tranquility Black, Solid White dan Genetic Silver. PROTON juga memberikan lima tahun jaminan atau 150,000km (yang mana terlebih dahulu).

Exora Prime pula berharga pada THB899, 000 di atas jalan (dengan insurans) dan pilihan warna yang ditawarkan adalah Solid White dan Tranquility Black. Pemilik juga akan menikmati tiga-tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu) jaminan, akses kepada PROTON 24 Hour  We Care Roadside Assistance, bantuan perubatan dan Perkhidmatan Concierge untuk kedua-dua model tersebut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

46 Comments


    • Sebab tu saya tulis kalau nak beli preve, dapatkan spec thailand…premium spec with six airbags and the new head unit with bigger screen.


    • aku ada tanya proton aritu..ingat nak upgrade headunit spec thai ni kat preve aku..ini jawapan org proton:

      “Terima kasih kerana mengutarakan pertanyaan ini.
      Untuk makluman anda, headunit untuk model Preve di Thailand tidak terdapat di pasaran Malaysia.
      Ini kerana, aksesori untuk model domestik dan antarabangsa adalah berlainan.
      Sekiranya ada sebarang modifikasi atau perubahan spesifikasi, warranti akan secara otomatik terbatal.
      Diharap anda memahami limitasi kami dalam perkara ini.”

      keciwa…


  • bukan bagi free2 jer.. harga Preve di Thailand RM76k berbanding di Malaysia RM73k… so basically, 3k extra utk 2 Curtain Airbags… nak ke bayar?? 73k pun dah bising kata mahal.. ??

    then but, blaupunkt head unit nampak lebih aggressive dr kita punya… but Malaysiannya punya nampak OEM Standard… yg blaupunkt ni nampak macam aftermarket punya… but sama dgn Inspira Premium model… tp terpulang citarasa masing2.. xsama.. 😛

    tapi aku rasa, Preve 2nd batch di Malaysia dah mungkin akan pakai blaupunkt ni… just wait and see…

    neway, sapa2 tahu apa jadi kat Proton Emas…senyap jer.. DRB-Hicom kata nak umum Proton Future Plan bulan November..ni dah hujung tinggal beberapa hari jer utk jadi December!! masih sunyi sepi!! 🙁


  • Saya tahu pasal apaer proton bagi full package kat thai untuk preve. Untuk harga 73K MY di Thailand, x d kereta yang ada side+curtain, esp, turbocharge engine and other dlm c segment. Malaysia sebab forte dan ada rules and regulation pun baru NAK 2 AIRBAG TAPI ADA JUGA CARMAKER YANG DEGIL NAK MAMPUS.

    So jangan salah kan proton, salahkan rules and regulation sesebuah negara la..


    • jgn salahkn rules regulation plak.. boleh ape offer full spec kat consumer.. terpulang consumer nk beli ke x. org akan tgk ape yang dioffer.. org x peduli rules regulation yang manufacturer kena comply..


      • Honda and Toyota org tak peduli sbb ada prinsip, honda ma’ & toyota kot’… so apa yg T&H buat pasti ada sbb… dia org tak bagi benda ni dan itu sbb dia org dah R&D….hahaha…itu lah mentality /prinsip org Malaysia…

        P/S: tp kadang yg bising dan menyalak mcm anjing tu pakai Vios @ City @ mazda 2 jer… tp menyalak macam pakai Lexus @ Accura @ Zoom2… haha, sedarlah wahai manusia.. keta J’pun koorg tu lagi cap ayam!! haha


      • ngaten,

        orang x peduli tapi car maker teliti benda nh. cube pikir balik. Habis tu kenapa nissan boleh kuar sejibik jer airbag untuk almera sedangan 2 dah wajib untuk 2012. Dan semestinya besi sini lain besi 5star yg dapt disana. Tak bace ker dacia sendero. Dekat europe semua lepas 4-5 star, masuk brazil, 2 jer dapat . Speed sama ker tapi beza struktur body.


      • xdela.. aku asyik pikir why proton ni xde varian yang complete spec tuk their own people for the malaysian.. ape spec jual kat lua tuh.. offer kat malaysia ni dulu atau lebih.
        lg satu kalau nk menang competition selalunye org akan bg the best effort bkn nye same par ngan org lain… mentaliti asal boleh masih ade kat situ gamaknye


      • Mmm… proton company business bukan company charity ye. Org kalau business, dia lihat apa pesaing bleh tawarkan dan apa kita bleh tawarkan juge dgn harga yg berdaya saing. Proton bleh jer offer full spec kat consumer, tapi bodoh lah tindakan tu bila pesaing letak low spec pun masih berduyun2 pembeli sebab kuasa brand walau dgn harga yg lebih mahal.

        cheers!


    • Bukan soal sapa duduk bawah @ atas.. Toyota dan Honda is a Big Players.. jgn compar dgn Proton… Proton brand power pun xkuat lagi… 25 tahun, sia sia kan masa… keluar keta rebatch Mitsu.. dan Proton Saga/Iswara antara kereta yg paling lama.. sekarang ni, baru la nak bersaing, tu pun bukan dalam market yg besar!!.. di mana Kia & Hyundai dah ke hadapan jauh tinggalakan Proton… walhal KIA dan Hyundai kereta dia org lagi teruk dr Proton satu ketika dulu… tapi itu bukan alasan utk Proton.. TETAPI Proton mencuba nasib.. kita leh kritik Proton, tp biarlah Kritik kita bernas dr semua sudut.. jgn asyik nak compare dgn pengeluar lain yg besar seperti Toyota, Honda dan VW…


  • Dalam hal ini, aku tidak menyokong apa yg proton lakukan. lantaklah pasal toyota ka, honda ka, regulation ka, proton never learned from the past, even their owner had changed. Pada aku ni bukan soal regulation, harga atau sebagainya, tapi lebih kepada soal prinsip, do right from beginning.

    Sebabnya hal2 lepas banyak menghantui pembeli proton. contohnya apabila masa aku beli persona dgn campro kosong, then setahun kemudian dia keluar IAFM, then up lg IAFM+. ..Beli saga M-line 1st batch, takde spec yg ada airbag. then tak beberapa lama kemudian, dia masuk airbag, lepas tu up lg, tambah CVT.

    Tapi nak buat mcmana kan..seperti kata sesetengah forummer, syarikat automotif tak salah.. yg salah adalah kerajaan kerana tidak menguatkuasakan undang2.


  • Saya lihat Honda City di Thailand dari THB559k, top spec THB704k. (RM55k – RM69k). Jadi Thailand pun macam Malaysia jugaklaa sistem cukainya. Ke camne? Bro mat boleh explain ni..

    Thai
    Honda City RM69k, Preve RM76k

    Malaysia
    Honda City RM90k, Preve RM73k

    Rasanya Malaysia lagi banyak makan cukai. (Perlukan bijak pandai utk explain)


    • Fridzmax: city tu B segmen, preve C segmen. Sila compare harga preve dgn civic or altis kat thailand.

      Hanya malaysia yg buat struktur cukai berdasarkan kapasiti enjin dan membuta tuli charge tax utk local car setara dgn kereta luar yg ckd.


    • Callenish,

      Takde bezanya kalau saya compare Preve dgn Civic. Civic masih lagi murah di Thailand. RM82k (THB828k) utk lowest 1.8AT. Atau boleh dapat RM76k (THB773k) utk Civic 1.6MT.

      Orang Malaysia bukan reti bandingkan kereta mengikut segmen. Tapi orang Malaysia guna jenama dan harga sebagai perbandingan..


      • Frifzmax: cukai kereta ckd kat thailand rendah. Tu sbb city dan civic murah compare preve.

        Org malaysia jd x reti sbb sistem negara mmh tak nak bg kita reti.


      • Betul tu callenish..

        Kalau di Universiti, pensyarah hanya benarkan pelajar bincang isu dalam syllabus je. Isu semasa tak boleh sentuh. Kalau bincang juga, xde markah tambahan dan takde further elaboration daripada pensyarah. Atau silap2 pelajar kena tindakan tatatertib. Akhirnya, universiti jadi macam sekolah. Ijazah sama macam SPM.

        (ini sudah keluar topik. Tapi berapa ramai orang kita sedar perkara ni? OK, taknak cerita lagi…)


  • malaysia negara yang aman damai dan rakyatnya hebat2 termasuk engineer ke apa-apa tapi pemimpin yang jem otak tak pikir untuk kesenangan rakyat..pui cilabong


  • Di Thailand : Proton menawarkan Preve STANDARD,Executive & Premium

    Di Malaysia : Proton hanya menawarkan Preve Executive & Premium

    Preve STANDARD tu camne ek?
    Adakah spec seperti Exora B-Line?
    Berminat sangat nak tahu…


  • Masa preve dilancarkan, 73k org ckp x berbaloi la. Kete local je tapi mahal, baik beli vios (padahal dpt vios janda je).

    Bila dh dilancar kat australia dan thailand ada 6 airbag, ckp knp tak bg spec sama kat malaysia. Berapa pulak harga yg org sanggup bayar. Cuba bg tau?

    Mmg aku krg setuju cara proton, sbb dia masih bleh untung kalau kurangkan variasi sbb dpt lebih volume. Tapi syarikat kete mengkaji pasaran, org malaysia sgt pentingkan RM, itulah fokus pengeluar.

    Cuba fantastiko admin buat survey. Berapa ramai org malaysia yg betul paham pasal active dan pasive safery equipment


  • Wehhh! siam minyak mahal la…Ron 95 RM4.00/liter…Kat Indon minyak bensin Ron 88 dpt la dlm RM 1.50/liter.. Tax tinggi but minyak murah… Tu la terpengaruh dgn anasir2 sonsang lagi..

Leave a Reply