ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar Saga di Nepal – Dua varian, harga dari RM122K

Berita Global

Views

Selepas menerjah pasaran Brunei, Pakistan, Kenya dan Mesir, pengeluar kereta nasional Proton melebarkan sayapnya ke Nepal. Semalam, Saga telah dilancarkan secara dalam talian yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Proton Cars Nepal.

Di Nepal, hanya dua varian Saga ditawarkan iaitu varian 1.3L Standard MT dan 1.3 Premium AT. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ruby Red, Snow White, Jet Grey, Rosewood Maroon (untuk 1.3 Premium AT) dan Armour Silver (untuk 1.3 Premium AT).

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Harga jualannya pula adalah 3,550,000 rupees (RM122,700) untuk varian 1.3 Standard MT, manakala varian 1.3 Premium AT pula dijual pada harga 3,950,000 rupees (RM136,600). Pengedar tunggal Proton di Nepal, Jagdamba Motors turut menawarkan waranti selama 5-tahun atau 150,000 km untuk model ini.

Saga di Nepal menggunakan enjin yang kapasitinya dikurangkan kepada 1,299 cc sama dengan model untuk pasaran Pakistan. Ia digandingkan dengan transmisi 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik, mengikut varian yang ditawarkan.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan dua beg udara, kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan sistem kawalan cengkaman (TC), brek anti-kunci (ABS) dengan agihan brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), bantuan mula mendaki (HHA), penderia parkir belakang dan kamera undur yang melayakkannya untuk menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP.

Selain itu, Saga 1.3 Standard MT turut dilengkapi dengan pelaras ketinggian stereng, rim besi 14-inci dengan  penutup, kemasan tempat duduk fabrik, pemain audio dengan Bluetooth dengan dua pembesar suara manakala varian 1.3 Premium AT pula dilengkapi dengan lampu siang LED (DRL), rim aloi 15-inci kemasan dwitona, stereng dengan butang kawalan, unit infohiburan dengan paparan 7-inci, empat pembesar suara serta dua slot USB.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply