ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar X50 – Dengan harga bermula dari RM79,200 hingga RM103,300, ini yang akan anda dapat!

Berita Tempatan

Views

Yang ditunggu telah tiba! Penantian para peminat dan juga bakal pemilik SUV kedua Proton, X50 berakhir hari ini. Pelancaran model ini dilakukan secara maya berikutan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dilanjutkan sehingga 9 November 2020.

Ini bukan kali pertama Proton melancarkan model baharu secara maya kerana Saga Anniversary Edition telah menggunakan kaedah yang sama terlebih dahulu. Sejak tempahannya dibuka pada 16 September, model ini berjaya mencatatkan jumlah tempahan diluar jangkaan, iaitu melebihi 20,000 unit.

Hari ini Proton mendedahkan harga rasmi X50 yang akan bermula dari RM79,200 hingga RM103,300 (harga tanpa insurans). Harga yang ditawarkan termasuk pengecualian cukai jualan yang sah sehingga 31 Disember 2020.

Empat pilihan varian yang terdiri dari varian StandardExecutivePremium dan FlagshipEnam warna boleh dipilih antaranya Snow WhiteJet GreyArmour SilverOcean Blue, Citrus Orange dan Passion Red (hanya untuk varian Premium dan Flagship) serta kombinasi warna dwitona dengan bumbung hitam (untuk varian Flagship sahaja).

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Baru-baru ini pihak media telah diberi kesempatan untuk menguji SUV kompak itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan dalam sesi itu Proton telah mengumumkan yang ia telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap tenaga (EEV). Proton X50 juga telah menerima penarafan 5-bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Berikut adalah pecahan varian beserta senarai harga Proton X50 (harga tanpa insurans):

Proton X50 1.5T varian Standard – RM79,200

Ciri standard:

  • Enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder petrol suntikan bahan api pelbagai-titik (MPI) berkuasa 150 PS dan 226 Nm daya kilas
  • Transmisi DwiCekam (DCT) tujuh-kelajuan klac basah dengan mod manual
  • Empat beg udara
  • Lampu depan dan lampu siang (DRL) LED
  • Rim aloi 17-inci
  • Tempat duduk kemasan fabrik
  • Corong pendingin hawa belakang
  • Unit infohiburan dengan skrin bersaiz lapan-inci
  • Kamera undur

Proton X50 1.5T varian Executive – RM84,800

Tambahan dari varian Standard:

  • Enam beg udara
  • Stereng balutan kulit
  • Lampu automatik
  • Lampu kabus depan
  • Tempat duduk kemasan kulit

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Proton X50 1.5T varian Premium – RM93,200

Tambahan dari varian Executive:

  • Sistem pemantauan tekanan tayar
  • Rim aloi 18-inci
  • Tempat duduk dengan pelarasan elektrik untuk pemandu
  • Unit infohiburan dengan skrin bersaiz 10.25-inci
  • Kamera 360-darjah

Proton X50 1.5 TGDi varian Flagship – RM103,300

Tambahan dari varian Premium:

  • Enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder petrol pancitan terus (GDI) berkuasa 177 PS dan 255 Nm daya kilas
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Warna luaran dwitona
  • Bumbung kaca panoramik

Proton menawarkan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan beserta pakej standard seperti pakej data internet 4G 1GB/sebulan percuma selama lima tahun serta kadar faedah serendah 2.22 peratus setahun.

Untuk 30,000 pelanggan awal yang menempah X50 sebelum 31 Disember akan turut menerima kos upah percuma untuk tiga kali servis. Selain itu, Proton turut menawarkan Program Insurans Proton untuk pembelian model X50. Adakah anda rasa harga model Proton X50 ini berbaloi dengan apa yang ditawarkan? Tepuk poket, tanyalah dompet!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply