ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar X50 Sport Edition pada 16 Januari, terhad 1,000 unit sahaja!

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Proton Cars menerusi satu hantaran mengumumkan bakal melancarkan model edisi terhad Proton X50 Sport Edition pada 16 Januari 2025 (Khamis).

Pelancaran akan dibuat secara penstriman langsung dalam talian bermula jam 9.00 malam di saluran media sosial Facebook, TikTok, dan juga YouTube.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Kira-kira 1,000 unit sahaja bakal dikeluarkan dan model ini telah dipamerkan semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Disember tahun lalu.

X50 Sport Edition menampilkan penggayaan yang lebih sporty dengan kit badan penuh yang merangkumi splitter hadapan, skirt sisi dan panel tambahan pada bampar belakang.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Selain itu, kemasan rimnya juga menggunakan kemasan hitam berkilat dengan angkup brek berwarna merah. Di ruangan kabin, ia meneruskan kombinasi hitam dan merah pada papan pemuka, termasuk kemasan pada tempat duduk serta panel pintu.

Model ini masih mengekalkan enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi DwiCekam tujuh kelajuan (7-DCT), yang menjana ouput sebanyak 150 PS dan 226 Nm daya kilas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Cars dan Motorsports Malaysia

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply