ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar X70 Special Edition (SE) – Harga RM123,800, dua ribu unit sahaja!

Berita Tempatan

Views

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Proton melancarkan X70 Special Edition (SE) untuk pasaran tempatan secara dalam talian menerusi laman Facebook rasminya sebentar tadi. Seperti yang pernah kami war-warkan sebelum ini, hanya 2,000-unit X70 SE akan dikeluarkan dan model ini menggunakan asas varian Premium 2WD.

Harga jualan X70 SE adalah RM123,800 (atas jalan tidak termasuk insurans) dan ia termasuk dengan ‘cuti cukai‘ sehingga hujung tahun menerusi inisiatif PEMERKASA+. Dua pilihan warna ditawarkan, iaitu Ruby Red dan Ocean Blue.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Apa yang menarik tentang X70 SE?

  • Selain pilihan dua warna baharu, bumbung, spoiler belakang dan cermin sisinya dicat dengan warna hitam.
  • Rim aloi bersaiz 19-inci (sama seperti rekaan rim yang digunakan pada Geely Bo Yue PRO / Azkarra.
  • Lencana SE dilekatkan pada bahagian belakang.
  • Kemasan dalaman upholsteri hitam pada tempat duduk, kemasan pintu dan tempat letak tangan.
  • Kemasan warna gelap pada konsol lantai.
  • Kemasan warna kelabu gelap pada papan pemuka.
  • Alas kaki dengan logo SE.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

X70 SE tidak mengalami sebarang perubahan mekanikal dan masih mengekalkan enjin 1.8L TGDi yang menghasilkan 184 ps dan 300 Nm kilas yang digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dengan mod manual.

Proton turut menawarkan 5-tahun waranti tanpa had perbatuan, pakej data 1GB sebulan selama 5-tahun dan 5 kali caj buruh percuma (tertakluk kepada terma dan syarat) bagi setiap pembelian X70 SE.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply