ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lantik Chacko sebagai pengarah pemasaran dan penjenamaan

Views

Nampaknya Proton semakin serius dalam usaha meningkatkan program pemasaran & penjenamaannya seiring dengan pengenalan model global P3-21A (Persona R) tahun depan. John Doody Chacko telah dilantik sebagai pengarah pemasaran dan penjenamaan. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam pemasaran global, akan menerajui penjenamaan, pemasaran dan sukan permotoran kumpulan untuk menyerlahkan kembali jenama PROTON di dalam negara dan antarabangsa. Chacko adalah lepasan University of Waikato, New Zealand. Proton ingin keluar dari kepompong “jaguh kampung” & bakal jadi “jaguh global” pula selepas ini. Diharap Proton dapat meningkatkan kualiti produk & menampilkan model terbaru yang menarik untuk berjaya lepas ni.

* Proton bila pula nak cari Head Designer yang dah ada nama yang kuat di arena global, macam KIA ambil Peter Schreyer. Ni la masanya untuk melakukan transformasi secara total. Chris Bangle kan masih free lagi buat masa ni, ada calon-calon yang lain? Boleh dikemukakan diruangan komen.. 🙂

sumber : Berita Harian online & BERNAMA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

82 Comments

Leave a Reply