ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lepasi jumlah jualan 100,000 unit untuk tahun ketiga berturut-turut

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini mengumumkan yang mereka telah berjaya melepasi jumlah jualan 100,000 unit untuk tahun ketiga berturut-turut.

Bagi bulan November, Proton telah menjual sebanyak 14,187 unit (domestik + eksport) sekali gus mencatat angka jualan semasa sebanyak 100,566 unit.

Jualan Proton pada bulan November turut berjaya mencatat peningkatan sebanyak 6.2 peratus berbanding bulan Oktober, sekali gus mencatatkan pertumbuhan selama tiga bulan berturut-turut.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Berbanding dengan bulan November 2020 jualan meningkat sebanyak 24.3 peratus, yang juga menyebabkan jualan semasa meningkat sebanyak 4.3 peratus.

Pegangan pasaran pula adalah dianggarkan sekitar 24.5 peratus manakala pegangan pasaran dalam tempoh yang sama berbanding tahun lepas meningkat sebanyak 1.9 peratus dan buat masa ini berada di paras 22.8 peratus.

Saga kembali merampas semula takhta jualan sedan segmen-A terbaik bulanan terbaik sejak Disember 2020 dengan 5,666 unit. Sebanyak 4,010 unit X50 telah diserahkan kepada pelanggan pada bulan November, manakala 1,901 unit X70 turut menemui pemiliknya bulan lalu.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Exora mencatat peningkatan jualan selama empat bulan berturut-turut dan terus mendominasi pasaran MPV segmen-C dengan jualan sebanyak 434 unit. Meskipun isu bekalan komponen masih menghantui Iriz dan Persona 2022, namun masing-masing mampu meraih jualan sebanyak 642 dan 1,534 unit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, November merupakan bulan jualan yang baik bagi Proton dengan keseluruhan jualan industri terhad kepada pengeluaran dan bukan permintaan.

Tambahnya, melepasi 100,000 unit dengan tempoh berbaki sebulan bakal menjadikan merekai jenama nasional tunggal yang meningkat dari segi jualan dan pegangan pasaran pada tahun ini dan memberikan asas yang kukuh menuju tahun ke 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply