Dah lama kita tak dapat foto intipan terbaharu Proton Ertiga kan? Kali ini rakan pembaca kita, Azlan Mahmud telah berjaya mengesan dua unit ujian Ertiga yang masih lengkap dengan kostum penyamaran di lebuh raya Elite selepas KLIA beberapa hari yang lalu. Kami turut mendapat perkhabaran model mpv kompak hasil usaha sama dengan Suzuki ini bakal dilancarkan pada bulan depan, berkemungkinan pada 11 November nanti.
Namun tarikh pelancaran rasmi masih dirahsiakan oleh pihak Proton sehingga kini. Ia mungkin untuk memastikan model pertama bersama Suzuki dan anak angkat baharu dari Jepun ini betul betul bersedia untuk memasuki pasaran dan memberi laluan kepada Persona dan Saga baharu mengganas merebut pasaran terlebih dahulu.
Kami jangka Ertiga mungkin akan dilancarkan pada pameran Malaysia Autoshow 2016 yang akan berlangsung dari 10 hingga 13 November nanti. Kalau jangkaan kami tepat, anda boleh la menanda kalendar siap siap dan ramai ramai ke pameran tersebut. Nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Kalau harga lebih dari RM70K, memang tak boleh lawan Alza lah..
Alza enjin 1.5 harga dalam RM55K-RM69K
Proton Ertiga enjin 1.4 mesti dalam lingkungan RM50k-RM65K..
masa Proton nak start project ni, misti dorg dah buat feasibility study, harga misti dalam range Alza
Confirm lah tak sampai rm65k. Kalau lebih dari harga tu lebih baik orang beli exora turbo standard. Lebih besar dan enjin turbo lagi.
Klako gak dengan statement ni. Enjin besar mahal enjin kecik murah. Hmmmm memang logik akal.
Bezza 1.0L = 37k
Saga 1.3L = 37k
Hmmmm tak patut!
Bezza 1.3L dengan ESC = 51k
Persona 1.6L dengan ESC = 47k
Tak patut, tapi Bezza lebih banyak tempahan
Kat sini enjin lebih kecil tidak semestinya lebih murah.
Pemasaran serta promosi yang bijak, branding Dan persepsi pengguna sangat penting.
Sebabnya jenama Perodua dah kuat. Lainlah kalau jenama Proton dah kuat, nak jual Ertiga 1.4 ni RM80K pun orang akan beli!
Proton masih lagi diselubungi dengan persepsi negatif. Rasanya dalam tempoh 10 tahun Proton konsisten keluarkan produk yang bermutu, jenama Proton akan meningkat naik semula, dan persepsi buruk terhadap Proton akan berkurang dalam tempoh 10 tahun ni.. Perodua pun ambil masa lebih kurang 10 tahun dengan produk Kelisa & Myvi dalam mengukuhkan jenamanya di Malaysia.
Kuasa persepsi. Jangan abaikan kuasa persepsi.
Walaupun kereta kurang bermutu tetapi jika dapat tingkatkan kuasa persepsi yang baik, kereta tetap laris. Lebih laris berbanding kereta bermutu dengan persepsi buruk
Saya nak mini-mpv ertiga/alza cross awd.
Sangat praktikal Dan seronok memandu di bandar, meredah banjir kilat, menyelusuri pinggir bandar, melalui lorong-lorong kecil di pinggir Dan di tengah kotaraya, fun untuk dipandu.
Nak balik kampung yang jauh di pedalaman pun menyakinkan. Jika di eropah popular dengan wagon cross awd, di Malaysia Dan Asia Tenggara jenis mini-mpv cross awd akan terkenal tidak lama lagi.
Proton segment A hatchback bila nak keluar? Bagi Axia lawan sebenar sikit.. Ni Axia lawan KIA Picanto & Mitsu Mirage je mana adil..
Saga hatchback 5 pintu / 3 pintu.
1.0L turbo-gdi, 1.2L turbo-gdi.
“anak angkat baharu dari Jepun” opss…sorry anak angkat dari Indon sebenarnya tapi benih Jepun.
Di Indon direbadge Dan dipasarkañ sebagai Mazda VX-1. Apabila dieksport ke Malaysia rebadge lagi sebagai Proton Ertiga. Di Indon Mazda VX-1 ni ada versi crossover.
Hanya rekacipta komponen utama di Jepun tetapi fabrication di Asia Tenggara. Untuk pasaran asal di Indonesia, Suzuki Indonesia menamakannya Ertiga (nama asal R-III). Mazda kemudian membuat kerjasama untuk memasuki pasaran yang sama dengan rebadged kepada VX-1. Pemasangan dilakukan sepenuhnya oleh Suzuki Indonesia.
Sebagai langkah usahasama antara Suzuki & Proton, Ertiga akan dipasang sepenuhnya di Malaysia. Nama kenderaan ini belum lagi rasmi menggunakan nama asal; Ertiga.
Samalah seperti Ford yg dilahirkan di Filipina, Honda di Melaka. Jenama saja pakai pengeluar asal.
klu xsilap mula dipasarkan di India pada 2012 dengan nama Suzuki Maruti Ertiga..dengan chasis Suzuki Swift yang diubahsuai. Kemudian baru diperkenalkan di Indonesia serta Filipina.