ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton menang besar di Anugerah Cars of the Year Malaysia 2019 – X70 dinobat Kereta Terbaik Keseluruhan

Berita Tempatan

Views

Proton memulakan tahun baharu 2020 dengan langkah kanan, setelah berjaya mencatatkan kemenangan besar di Anugerah Cars of the Year Malaysia ke-18 baru-baru ini. Model SUV pertama Proton, X70 muncul pemenang kategori Kereta Crossover Pertengahan dan SUV 5-Kerusi serta Kereta Terbaik Keseluruhan tahun 2019.

Saga pula merangkul anugerah bagi kategori Sedan dan Hatchback Aras Mula manakala Ketua Pegawai Eksekutif manakala Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong pula diiktiraf sebagai Tokoh Automotif 2019.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Mengulas mengenai pemilihan kali ini, Juri Kanan bagi kategori Kereta Terbaik Malaysia, Chips Yap, berkata X70 telah menarik semula perhatian pelanggan untuk ke pusat pameran Proton dan pihaknya menjangkakan model yang dipasang di Tanjung Malim nanti memiliki kualiti yang lebih baik atau setanding dengan model yang diimport dari China.

Saga pula telah menerima lebih 42,000 tempahan sejak dilancarkan pada 6 Ogos 2019. Pada dua bulan terakhir 2019, ia telah berjaya muncul sedan segmen A terlaris di Malaysia. Model yang telah diperbaharui itu turut mendapat pujian media, terutamanya kotak gear 4AT yang baharu, reka bentuk yang sporty dan ciri-ciri bahagian dalamannya yang telah dinaik taraf.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Dr Li Chunrong pula merupakan CEO ketiga Proton yang diiktiraf sebagai Tokoh Automotif. Beliau dilantik sebagai peneraju syarikat tersebut sejak 1 Oktober 2017 dan telah membawa perubahan yang luar biasa kepada Proton. Antara pencapaian beliau, ialah peningkatan jualan sebanyak 55.7 peratus pada tahun 2019 dengan jumlah jualan sebanyak 100,821 unit.

Selain itu, sebanyak 120 pusat 3S/4S di seluruh negara telah dibuka sekali gus menjadikan Proton sebagai jenama yang memiliki pusat 3S/4S terbanyak di Malaysia. Proton juga telah membuka kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim pada 2019 dan kembali mengaut keuntungan, yang meletakkannya di landasan yang betul untuk mencapai matlamat jangka panjang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply