ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton miliki cawangan 3S/4S terbanyak setakat ini

Berita Tempatan

Views

Proton menambah satu lagi pusat 3S terbaharu setelah merasmikan pembukaan cawangan milik Ultra Gallant Sdn Bhd (Ultra Gallant) di Taman Perindustrian Oakland, Seremban. Cawangan baharu ini menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat-alat ganti untuk semua jenis kereta Proton.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Ultra Gallant telah melabur sebanyak RM4 juta untuk membina cawangan baharu ini yang terletak di kawasan yang strategik dan berhampiran dengan perbandaran Seremban 2. Cawangan ini berkeluasan lebih daripada 20,000 kaki yang meliputi kawasan 1.15 ekar, sekaligus menjadi menjadikannya salah satu pusat 3S Proton terbesar di Negeri Sembilan.

Ia menampilkan warna Identiti Korporat baharu Proton dengan suasana yang lebih segar dan dilengkapi kemudahan seperti WiFi percuma dan ruang untuk kanak-kanak. Pengarah Urusan Ultra Gallant Sdn Bhd, Khoo Kim Hong berkata pelaburan yang dibuat adalah tepat kerana produk-produk baharu dan pertambahan pusat sehenti Proton telah mendatangkan hasil yang memuaskan. Jadi sebagai pengedar mereka melihat halatuju yang sangat jelas.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Proton kekal sebagai syarikat pengeluar kereta yang memiliki jumlah cawangan 3S/4S terbanyak di seluruh negara. Setakat ini mereka mempunyai 100 cawangan dinaik taraf yang telah beroperasi di seluruh negara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, apa yang mereka capai ketika ini adalah adalah hasil kerja keras, dedikasi dan komitmen oleh seluruh keluarga Proton yang terdiri daripada pembekal, pengedar dan warga kerja di syarikat.

Hasilnya, jualan syarikat telah melonjak naik dan berjaya merampas semuala kedudukan kedua sejak April tahun ini. Jumlah jualan bagi akhir bulan Julai mencecah 52,269 unit berbanding 35,561 dalam tempoh sama tahun lepas. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus bagi keseluruhan jualan tahun ke tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply