ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton panggil balik 6,432 unit Perdana untuk ganti inflator beg udara Takata

Views

Semalam, Proton telah membuat pengumuman panggilan semula semua model Perdana terkini bagi menggantikan inflator beg udara penumpang. Ia berikutan pengumuman sama yang telah dikeluarkan oleh Honda Motor Company berkenaan dengan inflator beg udara penumpang pada model Accord.

Ia merupakan langkah berjaga-jaga kerana model ini sebenarnya adalah Honda Accord yang dijenamakan semula dan ia melibatkan sebanyak 6,432 unit Perdana yang dikeluarkan dari tahun 2012 sehingga akhir Ogos 2018. Notis mengenai isu ini akan dihantar kepada semua pemilik. Servis baik pulih ini adalah sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta-kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Semua tindakan yang diambil adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) terbaharu yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Trafik Lebuh raya Kebangsaan Amerika (NHTSA) yang memerlukan penggantian inflator beg udara bukan kering (non-desiccated). Proton turut menegaskan inisiatif ini tidak melibatkan model-model lain keluarannya kerana beg udara yang digunakan dibekalkan oleh pembekal yang lain.

Kawalan ketat telah diambil bagi memastikan keselamatan para pelanggan dan sebarang kesulitan mengenai perkara ini amatlah dikesali. Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata semua pemilik Perdana akan dimaklumkan mengenai perkara ini dan mereka dinasihatkan menghubungi talian khidmat pelanggan Proton untuk membuat temu janji.

Kereta yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 tidak terlibat dengan servis baik pulih ini dan pertukaran inflator beg udara ini hanya akan mengambil masa kira-kira satu jam serta tanpa dikenakan sebarang bayaran. Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1-800-888-398 atau hantarkan e-mel kepada [email protected] jika terdapat sebarang pertanyaan dan bantuan.

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply