ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton panjat ke tempat kedua dalam carta jualan kenderaan

Berita Tempatan

Views

Proton meneruskan momentum kecemerlangan dan kini berjaya menduduki tempat kedua jualan kenderaan pada bulan April 2019. Pada bulan lalu Proton telah berjaya menjual sebanyak 7,011 unit, naik 14.1 peratus berbanding Mac dan peningkatan 75 peratus berbanding April 2018.

Walaupun terdapat penurunan dalam TIV sebanyak 6.2 peratus, namun Proton merupakan satu-satunya jenama automotif di lima tempat teratas yang mencatat pertumbuhan positif. Ia bermakna jualan keseluruhan telah meningkat sebanyak 50.2 peratus setakat tahun ini.

Prestasi jualan yang memberangsangkan oleh Saga dan X70 menjadi pemacu utama untuk pencapaian tetapi peningkatan pada penjualan juga adalah disebabkan pelancaran rasmi Iriz dan Persona 2019 pada 23 April lalu. Setakat ini, lebih 4,000 tempahan telah dicatatkan sebelum pelancaran.

JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, mereka amat berbangga kerana telah kembali ke posisi sebelum ini untuk kali pertama dalam masa tiga tahun. Proton akan cuba mengekalkan kedudukan ini sehingga akhir tahun dan yakin pelancaran Iriz dan Persona serta versi Exora dan Saga yang dipertingkat akhir tahun ini boleh membantu mereka mencapai matlamat tersebut.

Meskipun trend keseluruhan pasaran jualan yang perlahan, angka jualan Proton semakin meningkat ketika  kebanyakan jenama lain mencatatkan penurunan jualan berbanding bulan sebelumnya. Jualan Proton naik sebanyak 14.1 peratus bersamaan dengan 13.6 peratus pegangan pasaran keseluruhan.

Ia disebabkan prestasi jualan yang kukuh oleh X70 dan Saga, malah Saga kini mengambil alih tempat X70 sebagai model Proton terlaris dengan jualan sebanyak 3,047 unit. Ini kali pertama model tersebut berjaya memecah rekod jualan sebanyak 3,000 unit sejak Ogos 2018 ketika tempoh jualan tanpa GST selama tiga bulan.

JOM BACA >> Toyota Avanza facelift bakal diperkenalkan tidak lama lagi

Peningkatan jualan juga menunjukkan kualiti kereta kini telah ditambahbaik serta peningkatan kualiti perkhidmatan pelanggan dan jualan yang dipamerkan di sebanyak 79 cawangan 3S/4S. Proton kini berada di landasan yang tepat dan berterima kasih pada para pembeli yang telah mengembalikan keyakinan mereka terhadap jenama tersebut.

X70 muncul sebagai juara bagi kategori SUV premium (segmen-C) dan kategori SUV eksekutif (harga atas RM100,000) dengan sebanyak 11,133 unit telah diserahkan setakat ini. SUV pertama Proton ini juga kekal sebagai SUV paling laris di Malaysia pada tahun ini, dengan sebanyak 24 peratus pegangan pasaran bagi segmen keseluruhan.

Setelah hampir lima bulan sejak dilancarkan, X70 terus menerajui carta jualan walaupun terdapat pelancaran model-model baharu oleh jenama pesaing yang lain. Pengalaman dengan SUV ini akan memberi Proton prestasi yang baik pada masa akan datang apabila melancarkan lebih banyak model yang dibangunkan bersama dengan Geely nanti.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply