ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perlu pelbagai varian model berasaskan model GCC!

Views

saga concept 1

* foto illustrasi digital Saga R daripada Najmi Rosdi

Setelah semalam kita digemparkan dengan kebocoran 2 keping foto model terbaru Proton Global Compact Car @ GCCdi alam maya, kali ini saya ingin memberi cadangan supaya model ini dipelbagaikan kepada beberapa model lain. Antaranya ialah model sedan yang sudah pastinya akan menggantikan model Saga, selain model MPV mini untuk bersaing dengan Perodua Alza dan juga SUV/Crossover mini sebagai saingan kepada model Peugeot 2008 dan Ford EcoSport.

Peugeot-2008-1

* foto Peugeot 2008

Walaupun pasaran untuk model SUV/Crossover mini tidak terlalu besar, tapi Proton boleh mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan model tersebut pada harga mampu milik dan untuk pasaran eksport. Model MPV mini juga kini semakin mendapat permintaan untuk mereka yang berkeluarga kecil, lihat sahaja jualan Perodua Alza yang agak memberangsangkan kerana setakat ini ia tiada pencabar dalam segment tersebut, jika ada pun Honda Freed yang berharga jauh lebih tinggi.

Proton juga boleh membangunkan kereta hot-hatch kecil yang berkuasa turbo dengan GCC, dan saya dikhabarkan enjin turbo 1.3 telah dibangunkan dan masih dalam proses ujian. Mungkin model hot-hatch kecil tersebut menggunakan lambang R3 yang sememangnya pakar dalam talaan kereta Proton. Model hot-hatch kecil ini mungkin boleh mengambil Ford Fiesta ST EcoBoost , Volkswagen Polo GTi dan Peugeot 208 Gti sebagai penanda aras.

Ford-Fiesta-ST-02

* foto Ford Fiesta ST EcoBoost

Mungkin cadangan ini boleh diambil kira jika Proton ingin memaksimakan penggunaan platform GCC dan mendapat skala ekonomi hasil dari perkongsian komponen dengan pelbagai model. Dengan cara ini juga Proton boleh mendapatkan untung semaksima yang mungkin untuk setiap platform dan boleh menggunakan keuntungan tersebut untuk membangunkan platform dan teknologi baharu untuk model masa hadapan.

* Apa kata anda? Jom kita berdiskusi di ruangan komen. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

36 Comments


  • Masalah dengan Proton ni, mereka tidak mementingkan legasi bagi sesebuah nama model kereta. Lepas satu model, model lain pulak yang dibangunkan dengan nama berlainan. Sebab itu branding jenama setiap model kereta Proton menjadi kucar-kacir.

    Saya sokong Proton mempelbagaikan segmen kereta mereka, tetapi tolong bina sebuah jenama model yang kukuh. Dah banyak jenama model kereta keluaran Proton yang dah lenyap, misalnya paling legend ialah Waja.


    • dr 7 model p1 3 masih guna nama legasi..saga, satria n persona(nama lain wira)…exora memang xde name lain…yg baru cume inspira, preve n ss…separuh….sejak bila waja legend (yg positif)….waja legend sbb power window ade ler…tgk jer hyundai brape byk model guna name model awal2 diorg


  • dr 7 model 3 masih guna nama legasi..saga, satria n persona(nama lain wira)…exora memang xde name lain…yg baru cume inspira, preve n ss…separuh….sejak bila waja legend (yg positif)….waja legend sbb power window ade ler…tgk jer hyundai brape byk model guna name model awal2 diorg


  • Modal proton terhad. tambahan lagi pasaran pun tak berapa besar. Oleh sebab itu, proton hanya tumpukan kepada “niche category” seperti kereta segmen B, C dan MPV. Bagi aku, tidak salah untuk kembangkan model2 sedia ada ini tetapi biarlah dengan cara yang berkesan dan bukan sambil lewa. contoh, apa yg berlaku pada suprima s super premium.

    Sebenarnya aku lebih suka proton perkenalkan sedan segmen B atau pengganti saga flx terlebih dahulu berbanding memperkenalkan kereta kompak ini. pasaran kereta kompak di malaysia sebenarnya agak tepu berbanding pasaran kereta sedan seperti saga yang berharga 30k-45k. tidak banyak syarikat yg menawarkan kereta seperti saga di malaysia. tapi mungkin proton ada sebab yang kukuh.

    sekadar pandangan.


    • Suprima S Super Premium is introduced solely because their customer base demands 100% loan; it’s no coincidence that the Super Premium trim is exactly 8k different from Premium.

      As for Saga replacement, they’re utilizing the same strategy as before: Savvy was the hatchback to the Saga. Why? Well, Savvy was the proving grounds for the platform. Saga had MUCH fewer problems compared to Savvy.

      I fully expect Saga to have a replacement based on the GCC next year.


      • do you have black and white regarding to your statement? if the buyer want a full loan, it is still depend on bank approval. furthermore, proton always give a quite big discount to suprima s. what a shame if proton do like what you said.

        For me suprima s super premium is really bad marketing from proton. and for savvy, the problems came from powertrain especially the gearbox. Saga used proton own engine. that’s why saga had a few problem.


        • I own the Savvy, I can tell you from my experience that the gearbox is NOT the problem (fuel pump, power steering switch, bearing and bearing hub, radiator), at least for MT version.

          Of course 100% loan depends on the bank but the reason Super Premium exists is so that they can say they are applying for the SP trim, but actually customer receives the Premium trim.

          No downpayment necessary. Of course, the point is moot right now because there’s an 8k discount for the Suprima S but still.


  • Diharap pengganti Saga boleh betul2 fight dengan segmen B sedan yang lain. Kalau Saga sekarang nampak macam kecik dan outdated design dan interior dia. Buat molek sikit, baru sedap nak banding dengan Vios dan City.


    • Setuju Saga kena reskin (lebih baik tunggu model baru sebab dah dekat EOL). Tapi dari segi saiz dalam, ianya takde beza dengan VW Polo Sedan. Malah Vios lama pun lebih kurang sama saiz.


  • Mmm… misi proton tentunya utk global market di samping pasaran domestik juga diambil kira. Utk memaksimakan penggunaan platform mmg bagus cuma kena beri impak yg lebih besar dan bukannya sekadar ada dan ada limitasi. Struktur komposisi barisan model2 sekarang dah ok cuma kena lebih fokus. Platform GCC nie mmg terbaik utk membangunkan sedan B segment penganti kpd saga nanti n penanda arasnya perlulah seperti model Nissan Almera. How about persona? model nie perlu ada penggantinya dan penanda aras pesaingnya haruslah seperti vios, honda city dll. Model preve C segment berpotensi utk dikembangkan platformnya utk mpv, hatchback even SUV. Exora n suprima s adalah dari platform preve kn?

    Proton perlu tackle utk pasaran global dan pada waktu yg sama pasaran domestik. Sy x fikir proton perlu hasilkan sebuah model mini hanya utk compete dgn pesaing domestik semata-mata sedangkan utk pasaran global tidak membantu. Misalannya; mmg dari data statistik jualan perodua alza adalah sebuah model mini MPV yg berjaya di pasaran m’sia tapi kalau targetnya juga utk global tentu sahaja tidak membantu. Kalau benar membantu, mengapa daihatsu dh berhentikan production alza sibling; boon luminas di jepun? Simple; model tu tidak berjaya di sana. Even bagaimana prestasi eksport Alza di luar sana? Kenyataannya ia hanya popular utk pasaran m’sia sahaja. Begitu juga dgn model2 yg dikatogerikan dgn ‘mini’ yg lain. Cukup lah dgn model GCC yg diistilahkan sebagai ‘super mini’ compact yg ternyata begitu suite dgn pasaran m’sia (seperti myvi) dan kehendak pasaran global. Lupakanlah nk hasilkan model mini exora sekiranya faktor kewangan adalah kekangan. Hasilkanlah model2 yg memberi manfaat utk pasaran domestik n global. Kn itu misi asalnya?:)

    my 2 cents.

    Cheers!


    • Masalahnya Proton untuk pasaran eksport pun teruk. No better than Perodua. Kalau nak target eksport ja tapi tak laku, ditambaj pulak pasaran dalam negara pun tak laku lagi la teruk. Buat untuk kuasai pasaran tempatan dulu. Kasi untung dulu. Sambil tuh try eksport. Kalau tak laku kat luar sekurangnya dalam negara laku.


      • Mmm… betul lah tu… tapi hanya kalau dana kewangan mencukupi. Kalau target mmg nk tingkatkan pasaran eksport, apa yg sy syorkan itulah kaedahnya. Model2 mini mmg x suite utk pasaran global melainkan utk pasaran dunia ketiga oklah. Kalau itulah targetnya…

        Cheers!


        • Setuju dgn dgn MrDDR, itulah yg sepatutnya Proton buat dr dulu.. kuasai domestic market, bt ‘org kg’ sendiri suka dulu, untung dr tu slowly bina pasaran eksport. Skrg Proton tak menguasai mana2 pasaran.. lg teruk bila pembeli dalam Malaysia sendiri mencemuh dan menjauhi brand Proton, apakah satu miracle ia akan sgt laku di pasaran eksport?? dan mengapa ia ditolak di pasaran negara lahirnya sendiri?

          Saya lebih risau dgn kemasukan Tun M dlm proton kerana pemikiran nya tak selari dengan permasalah Proton. Proton xperlu jd pengeluar kereta mahal untuk laku.. sebaliknya pastikan kereta yg BERKUALITI pada harga yang ditawarkan.

          Jangan sumbat Suprima dengan pelbagai macam elemen teknologi, safety seperti kereta mewah konon nak saingi segmen yang sama tp akhirnya margin kualiti jatuh, fungsi asas kereta seperti performance engine, fc, interior yang bagus dan selesa ‘terkorban’..

          Dengan rasa penuh hormat saya rasa Tun M perlu diberi ruang untuk lihat SWOT Analysys Proton terhadap penolakan besarnya dalam pasaran negara.. varian SV konon laris pun disebabkan faktor murah, bukan faktor keistimewaan jenama Proton..

          Tanpa ada prejudis sentimen politik (mohon jangan ada sensitif pula bila menyentuh negarawan) saya tak pasti apakah dengan berminatnya Tun M mengeluarkan statement Proton tidak mahu lagi jadi pengeluar kereta murah akan menambah minat pembeli?

          Saya tak rasa itu yang Proton perlukan dan takperlu pula menyokong statement begiru semata2 kita percaya Tun ada maksud tersirat lain. Dlm industri automotif takperlu berkias2 seperti ahli politik, jika putih maka katakan ialah putih.. jika hitam pembeli akan lihat ia sebagai hitam.

          Jgn letak orang yg bukan ahlinya dalam suatu tangunggjawab.. akan dtg kerosakan..

          Wallahualam..


  • Selepas GCC ni keluar Proton akan jual kereta lagi mahal. Itulah pesan Pengerusi baru. Akan berkisar pada platform Honda yang menjadi partner baru. Tak payah berangan ler korang ingat dia nak expandkan GCC platform ini dalam masa terdekat. Barang belum keluar pun dah cakap suruh pelbagaikan. Sungguh menghairankan.

    Cubalah pikir dari segi biznes. Orang dah melabur duit, mesti perhatikan pulangan bila, volume banyak mana. Apatah lagi dari syarikat seperti DRB yang tidak pernah membuat kereta, apatah lagi bersaing di pasaran luar. Yang dia tahu cara mana nak kawtim dgn Principal. Dulu dia suakan dgn VW, VW tak nak. Sekarang dapat kawtim dgn Honda. OK ler. Bukannya dia tahu membuat. Dia tau pasang aje. Kalau tak percaya pergi tengok portfolio DRB tu. Ala ini style lama lah! Ini biznes style nak dapatkan Petronas nya VDP.

    Malaysia sebagai sebuah Negara sudah hilang kemampuan untuk merekacipta dan membuat baragannya sediri. Sebenarnya model yg dibuat oleh orang kita sendiri hanyalah Exora sahaja dan susulannya platform itu jadi lah Preve dan Suprima. Itupun masa Dato Zainal dulu. Baru satu model sahaja dah givup.

    Janganlah sembang pasal Saga (Savvy) dan Persona (Gen 2). Ini baru satu sahaja dah keluar balik. Pasal apa? Pasal DRB tidak ada ilmu. Pasal bisnez dia modal air liur aje. Suka sangat org luar sedangkan anak sendiri kelaparan. Tun M pernah kata dia tak pandai pilih orang. Pasal ramai yg dia tolong, dah ihdup senang lenang tak pikir dah pasal kemajuan Negara. Old habits die hard.


    • Mmm… mesej yg tun M sampaikan tu bagi sy bermaksud selepas nie proton keluarkan kereta berkualiti tinggi. bila tinggi jgn harap nk dpt dgn harga yg murah. Harganya pastilah mahal, tapi mahalnya kereta proton pastinya adalah yg paling murah dikalangan kereta2 yg setanding kualitinya malah mgkin lebih lagi dari segi spec n features:) pandangan sinis tun M tu hanya ditujukan utk golongan yg memperlekeh kualiti produk proton terkini dgn harapan harga kereta nasional tetap rendah. Mgkin la.

      Cheers!


      • pandangan mahathir sudah tak releven sekarang… dah ketinggalan kebelakang. dia fikir ini zaman 90an agaknya.

        mahal baru boleh berkualiti? kereta luar murah2 saja tapi kualiti ada. tgk harga kereta honda chevrolet toyota kia hyundai. bukan mahal mana pun… sebab cukai saja mahal.


        • Mmm… ko ingat proton pun x kena cukai gak ker? Melalui afta, cukai import pun dah flat rate bagi produk ckd, cbu yg dtg dari negara2 asean. Tun M seorg ygk bijak. Jgn pandgn rendah kemampuannya. Apa yg cuma beliau perlu ada adalah seorg pengarah urusan yg baik di bawahnya yg bercirikan DSZ.

          Produk berkualiti tinggi tapi harga nk murah… boleh… tunggu proton jadi company wellfare laa. Hehehe. Sorry:P

          Cheers!


          • sembang ape ni bro..ye ke proton ade tax..klu ade pon x byk la..sbb sume buatan local part..lain la ckd brg mai tang luar psg kt cni mmg kne cukai..tgk kete honda tolak cukai bpe bro klu nk compare nk hrge proton..lihat contoh inspira pon ckup la..rebadge tp jual lg mhl dr mitsu jual lancer sblm cukai..pa citaaaaaa..


          • Mmm… ooo proton x kena tax la ye? Ada? Berapa? sikit? Berapa sikit tu tax eksais tu cer citer? Ooo.. compare inspira plak? At the end ko beli kereta bercukai kan? Berangan dpt keta tanpa cukai la nie? Compare dgn lancer yg tak bercukai plak? Kat mana? Langkawi plak? Labuan? Berapa plak kalau inspira tanpa cukai? OOo… compare CBU CKD plak? Ooo…yg murah sbb komponen tempatan… Adoii.. banyaknya alasan. Senang citer, kalau x mampu buat cara xmampu, kalau mampu beli jer ikut kemampuan kn banyak pilihan?:P Sorry.

            Cheers!


  • Ade secret engineer yang kata mereke berkampung di ulsan dan sekitar bandar Korea untuk projek GSC nih. Katenye segmen sama dengan myvi dan standard GSC kali nih untuk Euro NCAP 4/5 star. Wallahualam.


    • biasa la proton macam tu la selalu
      tambah punggung lebih saja siap la model segmen lain. new saga.
      muka dpn lampu dpn. dalaman, rekaan dashboard. meter stering semua sama.


      • Mmm… begitulah caranya utk minimize kos. Tapi harap utk model2 terlaris proton spend lebih sket la budget RnD tu. Ker bro rizalrxz ada dana lebih yg bleh support kos RnD tu? No hal la diorg nanti bleh bikin sumer serba baru. Ekeke:)

        Cheers!


  • nak bg pendapt jgk arh..
    Proton klo ikut staff dan kilang, mmg bole buat kereta yg baik.. but of course xleh la standing brand2 besar.. depa2 tu ada yg welding pkai robot abis-abisan.. kita mix – manual-robot. But all in all aku tgk proton masih boleh – percaya la ckp aku.

    Yg tk sedapnya, partly Proton suffers from brand damage. Ini xtau la mcmana nk sembuhkan. Aku tgk arini, masuk je blog – model2 kereta Proton mmg ‘kena serang’ ber-tubi2, bagai US & Nato dok serang negara2 arab nu. Mungkin sabotaj, mungkin planning pihak tertentu, dan jgk ada benarnya jg persepsi sebenar product Proton (gabungan 3 faktor ni).

    Yg kedua – bg aku Proton tk konsisten; halatuju dan nama model & kempen tak tetap. Quality pon ada lg trlepas. Aku tk kata projek kereta nasinal tak baik, tp pada hari ini mungkin (mungkin ya) lebih baiknya jika automotive di miliki individu atau keluarga (family business), cth spt Toyoda atau Honda atau Tan Chong dan Naza. Brand Proton tidak lg mnyuntik inspirasi kepada pengguna Malaysia, ia hanya lah satu option di kalangan jenama2 kereta yg melambak di pasaran. Maaf aku tk bniat perkecil kan Proton.

    Aku pminat saga. Pakcik aku, pak mertua aku, adik sepupu aku, budak Finance kwn aku, rumah aku, – pakai Saga. ‘Mimpi indah’ aku utk melihat ‘a much more desirable, handsome looking and more premium’ Saga – C’mon la wei, Saga ni dah almost jadi household name for Malaysian la..lastly Proton, aku masih percaya kau bole buat yg lebih baik dari sekarang! Mohon maaf lg skali, sekian..


  • Saya juga agak kecewa membaca laporan media rasmi pada hari ini, Tun M mengatakan GSC akan lebih mahal dari yang ‘sebelumnya’.. agak merimaskan kenapa Tun M terlalu intense dan berminat soal harga tinggi untuk pulihkan Proton? Harga mahal bukan faktor penyelesaian terbaik buat pemulihan Proton pada ketika Proton ditolak mentah2 sekarang di pasaran tempatan sendiri.

    Kedua, saya amat risau dengan kemasukan Tun M, konsep memberi keutamaan kualiti pada pasaran eksportk pada harga terbaik berbanding pasaran tempatan dengan harg lebih tinggi akan kembali semula- Sama ketika mana Proton Pesona dan Iswara dieksport ke Britain. Kualiti yang jauh berbeza dengan yang dipasarkan di Malaysia. Ketika itu Tun M ialah PM dan berkuasa penuh dalam GLC Proton. Itulah dendam kesumat terhadap Proton oleh pembeli tempatan yang berterusan hingga sekarang. Apakah zaman ini akan berulang?

    Saya tak fikir Tun M orang yang betul berada di tempat sekarang dalam Proton. SUmbangan dan kehebatan Tun dlm Proton amat diakui dan tapi masa itu telah berlalu, zaman telah berubah. Bagi saya DSZ ex CEO Proton jauh lebih memahami masalah Proton dan tindakan yang rialistik pasa masa beliau jd CEO, hasilnya berjaya sehingga sekarang. tapi sayang entah atas faktor apakah yang luar biasa telah mengeluarkan orang yang berbakat ini untuk memulihkan Proton dan digantikan dengan yang sebaliknya.

    DRB sebenarnya tidak kelihatan memulihkan Proton sebaliknya kelihatan sebagai temporary stake holder sebelum di serahkan pada stakeholder lain. Ia lebih kepada batu loncatan pada hemat saya. DRB tidak ada satu pelan besar atau minat yang mendalam terhadap Proton, Dengan pengambilalihan Proton dengan modal Berbillion RM, DRB tidak kelihatan bersungguh dengan apa yang dilaburkan. ia sekadar ‘menghabiskan masa’ berbaki ini untuk diteruskan oleh pihak akhir lain.

    Proton masih kabur masa depannya. Kemasukan Tun M sebagai Pengerusi Proton tidak dinafikan akan memberikan publisiti dan pengaruh besar tetapi saya kira ia tidak dapat memulihkan masalah Proton yang sebenar. Ketika WAJA dikeluarkan Tun M masih berjawatan sebagai PM, tp Waja model ini Proton telah ‘disumpah seranah’ berbekas sehingga ke hari ini dendam pembelinya.

    Saya amat risaukan masa depan Proton dn perkembangan terkini statement Pengerusi baru Proton. Ditakuti produk dah bagus seperti GSC salah projection dan perancangan akan merosakkan masa depan model ini.


    • Mmm… antara tun M dan DSZ; dua corak management yg berbeza, sorang meletakkan misi n visi dulu dan berharap company terarah utk tujuan itu. Dan sorang lagi, mengenalpasti permasalah sebenar dan satu persatu permasalah diatasi sehingga misi n visi terlaksana:)

      Selepas ketiadaan DSZ (atas sbb2 tertentu), prton tiada calon yg tepat. Dato Khamil sekadar pengganti sementara sementelah beliau sendiri x bleh fokus kpd protn semata sedangkan company2 di bwh DRB menjadi jagaannya juga. Tawaran DRB terhadap tun M adlh percaturan yg dibuat bagi mengembalikan semula proton pada landasannya setelah mengambil kira semua pilihn yg ada. Sejauh mana ia berhasil, masih terlalu awal utk diperkatakan.

      Mgkin bagi tun M, utk mengembalikan semula reputasi proton, mentaliti n persepsi pengguna perlu diubah. Tun M menekankan isu KUALITI dan HARGA. Sebenarnya beliau fokuskan kat persepsi kualiti tapi sinis pada isu harga. Harga x mungkin semahal kereta import tapi x juga semurah kereta murah yg ada sekarang. Dgn meletakkan standard itu, sudah tentu meletakkan 2 pasaran berbeza bagi proton n perodua; benefit kepada pasaran kereta compact murah M’sia vs pasaran kereta ‘murah’ berbanding kereta import. Tun M tentu tidak mahu salah satu company nasional ini saling membunuh pasaran masing2 tentunya ia suatu yg merugikan industri. Sedangkan kedua2 company nie adlah hasil cetusannya bagi menggerakan industri automatif negara.

      Isu rebadge juga menjadi topik tun M menutup terus mulut pengkritik yg melekeh2kn isu nie walhal benda nie perkara biasa dlm industri. Dgn platform yg sudah sedia ada, proton dh mampu menghasilkan model pelbagai segment. No more rebadge. Itu yg tun M kata la:) Moga apa yg dikata dikota. Cara pengurusan sebegini mgkin agak meresahkan tapi itulah cabarannya. Sama2 kita tunggu penerimaan GCC nie bagaiamana, kemudian model2 lain seperti saga 3 n new era of Perdana. Sekadar pandangan… All the best proton!:)

      Cheers!


  • biar kritik proton asal x sumpah seranah dan maki hamun..
    Aku ni bkn nak boikot atau pulau sapa2 tp kat PT tu asal citer Proton jer, maki hamun. Aku dh tk lalu sgt dah nk melawat PT tu..

Leave a Reply