ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Persona dapat 5-Bintang ASEAN NCAP

Views

Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengeluarkan keputusan ujian kemalangan terbaharu untuk Proton Persona 2016. Disebabkan Persona merupakan versi sedan Iriz, dengan perlindungan penumpang yang setara, maka ASEAN NCAP melanjutkan penarafan Iriz kepada Persona. Ini dilakukan ASEAN NCAP kerana jumlah kereta tersebut belum lagi tersedia untuk mewajarkan ujian. Di pihak Proton pula, Persona adalah model Iriz yang dipertingkatkan, jadi tiada sebab untuk kereta tersebut melalui ujian sebenar. Walau bagaimanapun, ASEAN NCAP akan mempertimbangkan untuk melakukan ujian kemalangan model tersebut pada masa akan datang.

Selain itu, Persona juga mempunyai persamaan ciri ciri seperti Iriz seperti beg udara berkembar hadapan, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang hadapan, cagak ISOFIX dan top tether untuk sistem sekatan kanak-kanak. Untuk kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Persona memperoleh 14.04 mata yang melayakkannya mendapat penarafan 5-Bintang. Untuk penilaian Perlindungan Penumpang Kanak kanak (COP) pula, Persona berjaya mencapai 82 peratus pematuhan dan mendapat 4-Bintang.

Pengerusi ASEAN NCAP, Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, “Sebagai pengeluar kereta terkemuka di negara ini, pelanggan melihat Proton untuk mengeluarkan kereta yang bukan sahaja direka dengan cukup menarik tetapi dilengkapi dengan ciri keselamatan praktikal dan mendapat permintaan tinggi untuk prestasi kepercayaan kemalangan. Dengan Persona, Proton memberikan pilihan kepada pengguna untuk membuat pilihan dari hatchback ke sedan, tanpa menjejaskan mana-mana prestasi keselamatan. Tahniah diucapkan kepada Proton.”

Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Mr. Khairil Anwar Abu Kassim pula berkata, “Terdapat peningkatan yang besar dalam tahap keselamatan kereta yang dikeluarkan di Malaysia dan juga rantau ASEAN sejak penubuhan ASEAN NCAP. Kini kita dapat melihat tahap keselamatan yang cemerlang untuk kereta baharu buatan tempatan dan Proton Persona merupakan contoh yang terbaik. ASEAN NCAP sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Proton kerena mengeluarkan kereta bertaraf 5-Bintang dan muga pengeluar lain dari Malaysian kerana penyeragaman keselamatan untuk pengguna kenderaan dan tidak menawarkannya sebagai pilihan.”

Berikut adalah butiran keputusan Proton Persona.

  • Proton Persona berjaya memperlolehi 14.07 mata untuk AOP sekaligus melayakkan mendapat pengiktirafan kategori 5-Bintang.
  • Persona dilengkapi dengan cagak ISOFIX dan top tether sebagai ciri standard untuk kesemua varian. Ia mematuhi 82 peratus kategori COP dengan penarafan 4-Bintang.
  • Model sedan ini juga turut menjadikan beg udara berkembar hadapan dan Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang hadapan sebagai ciri standard.

result

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


  • standard Asean NCAP ni setara dengan US NCAP, Euro NCAP, ANCAP (OZ & NZ), Latin NCAP ke dari segi ujian dan penilaian?
    atau bergantung pada faktor yg ditentukan dengan ciri kereta berdasarkan keperluan market, ekonomi dan teknologi dalam sesuatu rantau?


    • Mmm… rasanya Asean ancap nie hanya crash test bahagian depan jer. Berbanding Euro, US, Aussie Ancap depa crash test sisi kereta bagai. Tapi rasanya persona nie kalau crash test ancap lain mau lepas 5 star nie:)

      Cheers!


      • Jika melihat keputusan asean ncap yang menguji perlanggaran depan saja, adakah ini bermakna bezza mempunyai rating yang lebih baik berbanding persona/iriz atau preve. contohnya result asean ncap untuk child occupant protection bezza adalah 85% manakala preve 67%


        • Mmm… rasanya x semudah itu culculation penarafan even utk child occupant protection. Jika sumer bentuk crash test diambil kira tentu saja result nya berbeza jika frontal crash test je diambil kira. Paling mudah lihat sahaja bezza hanya varian premium 5 star asean ancap. Setelah dilengkapi safety aktif/pasif yg max. Buang segala major safety equipment, dpt 4 star. Berbanding persona baru nie semua variannya adalah 5 star asean ancap. Ini bermakna struktur kejuruteraan binaan body kereta nie tersedia kukuh n tidak bergantung kpd extra features safety. Bezza dlm segmen A dgn 4, 5 star sudah dikira baik. Tapi kalau saga R nanti dlm segment yg sama dgn bezza dgn semua variannya adalah 5 star tentu sahaja adalah lagi terbaik!:)

          Cheers!


      • Ya Betul.!. Bermula tahun 2017-2019 ASEAN ncap akan dipertingkat selaras euro ncap. Crash test sisi bermula 2017 Dan beberapa test lain. Pada tahun 2019 atau selewatnya 2020 penilaian ASEAN ncap selaras dengan euro ncap atau tahap ncap tertinggi. DRL akan menjadi perkara wajib untuk memperoleh 4-bintang ASEAN ncap 2019 nanti.

        Untuk pengetahuan, tanpa Reinforced Safety Structure (RESS) frame dan juga Hot Press Forming (HPF) crash test sisi kemungkinan besar tidak akan mendapat points yang cukup untuk penarafan 5-bintang ASEAN ncap 2017. Dengan kata lain RESS, HPF secara tidak langsung menjadi perkara wajib untuk mendapat penarafan 5-bintang ASEAN cap bermula 2017.


      • Tuan..
        ASEAN NCAP crash test bukan bahagian hadapan sahaja.. SIDE IMPACT TEST UN R95 juga diuji oleh ASEAN NCAP sejak 2012 hingga 2016.. Roadmap ASEAN NCAP 2017 hingga 2020, pertamanya memisahkan AOP dan COP.. Yang mana points maksimum AOP (2017-2020) adalah 36 point, maksimum point AOP sekarang (2016) adalah 16..

        Bermula 2017 side impact test UN R95 sudah tidak diguna pakai dan digantikan dengan Side impact test yang lebih komprehensif maksimum 16 points..

        Ditambah lagi ujian baru head protection technologies (HPT) maksimum 4 points.. Ujian ini mewajibkan bag udara sisi (curtain airbags) atau taknologi baru bagi melindungi kepala untuk mendapatkan penarafan 5 bintang.. Termasuk bumbung yang lebih keras bagi melindungi kepala apabila kereta bergolek atau terbalik..

        Markah ini berdasarkan fitment rating system (FRS)..
        offset frontal test 16 points
        side impact test 16 point (sekarang side impact test UN R95)
        HPT 4 points..
        Keseluruhannya 36 point untuk AOP..

        AOP hanyalah 50% dari rating keseluruhan.. 25% lagi dari COP dan 25% lagi dari electronic safety nets.. Banyak lagi penambahbaikan ujian dan teknologi yang perlu ada untuk mendapat penarafan 5-bintang ASEAN NCAP 2017-2020.. Antaranya safety assist technologies (SAT) atau electronic safety nets..

        Rear seat belt reminders(SBR), blind spot monitoring, autonomous emergency braking (AEB), forward collision warning and lane departure warning.. Teknologi elektronik yang wajib (mandatory) untuk peroleh penarafan 5-bintang..

        ..ASEAN NCAP 2017-2020


        • ASEAN NCAP rating 2017-2020

          5-bintang minimum 75%
          4-bintang minimum 65%
          3-bintang minimum 45%
          2-bintang minimum 30%
          1-bintang minimum 20%

          AOP max score 50% + COP max score 25% + SAT max score 25% = 100%(5-bintang)

          **safety assist technologies (SAT) atau electronic safety nets


        • Mmm… tuan bleh tunjukkan vid youtube dll. side impact crash test asean ancap bagi mana2 model yg di uji? Setakat nie belum pernah sy melihatnya, itu pun jika betul side impact crash test tu ada setakat nie. Bermula 2017, asean ancap dah perlu upgrade standard ujiannya seketat ancap us, aussie dll.

          Cheers!


          • Semakan saya

            Sumber

            aseancap.org/wp-content/uploads/2016/07/AASF-2016-004-8-Blind-Spot-Technology-by-ASEAN-NCAP.pdf

            aseancap.org/wp-content/uploads/2016/07/AASF-2016-004-14-ASEAN-NCAP-Simulation-2017-by-ASEAN-NCAP.pdf


          • Setelah diteliti Dan diàmati Dari Sumber yang diberikan, Kemungkinan besar model persona 2016 akan jatuh ratingnya Dari 5 bintang kepada 3 bintang sahaja pada 2017-2020. Perubahan Dan peningkatan standard keselamatan yang sangat ketara Dari ASEAN ncap. Ujian yang lebih terperinci Dan pengiraan markah yang lebih rumit.

            Tetapi jika side impact test Persona premium peroleh markah penuh 16/16 beserta 6 beg udara mungkin boleh capai 4 bintang ASEAN ncap 2017-2020. Kemungkinan untuk markah penuh adalah tipis.

            Banyak lagi faktor² Dan teknologi lain perlu diambil kira markahnya untuk memperoleh 5 bintang ASEAN ncap 2017-2020. Semakin mahal kosnya untuk sebuah kereta mendapat penarafan 5 bintang ASEAN cap bermula 2017

            Apapun tahniah ASEAN ncap kerana berjaya meningkatkan kesedaran betapa pentingnya keselamatan kepada pengguna Dan pemandu kereta di ASEAN.


          • Rasanya Persona facelift selewat-lewatnya pada 2020. Model persona terlalu baru untuk di facelift kan.

            Aku yakin Preve/Suprima facelift 2017 ditambah baik tahap keselamatan mengikut piawaian baru asean ncap 2017-2020 tahap 5 bintang. Ditambah lagi menggunakan enjin baru euro7 1.5L TGDI 180hp untuk semua Varian Dan sedikit kenaikan harga di anggarkan bermula Dari 61k hingga 85k

Leave a Reply