Hari ini tiba giliran Proton Persona facelift 2019 pula dipertontonkan kepada media setelah Iriz facelift membuka gelanggang terlebih dahulu beberapa minggu lalu. Seperti yang kami war-warkan sebelum ini, Persona facelift turut mewarisi DNA reka bentuk baharu Proton yang menampilkan elemen busur (Ethereal Bow) yang disulami dengan motif berbentuk anyaman yang dipanggil Infinite Weave.
Persona facelift akan ditawarkan dalam tiga varian – 1.6 liter Standard (MT/CVT), 1.6 liter Executive CVT dan 1.6 liter Premium CVT. Lima pilihan warna ditawarkan untuk model sedan ini iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver.
Pada pendapat kami, rekaan luaran Persona facelift lebih kemas dan elegan berbanding model sebelumnya, terutama sekali pada bahagian bampar depan yang diserikan dengan sepasang lampu nyalaan siang LED (DRL) dan bampar belakang yang dihiasi dengan satu jalur krom.
Seperti Iriz facelift, Persona facelift juga tidak lagi menggunakan lencana harimau di bahagian belakang dan ia telah digantikan dengan abjad ‘P R O T O N’ yang berada pada bahagian palang yang bersambung antara kedua-dua lampu belakang.
Persona facelift juga menjadi sedan keluarga pertama dalam segmen-B yang dilengkapi dengan ciri Arahan Suara yang dibangunkan oleh Proton dan ECARX. Secara mekanikal, enjin dan transmisinya masih lagi dikekalkan namun telah diberi penambahbaikan dari segi kadar NVH dan kecekapan bahan api.
JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan
Berikut adalah perbezaan spesifikasi Persona facelift mengikut varian:
Persona facelift varian Standard
- Enjin 1.6 liter VVT dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau CVT
- Rim aloi 15-inci
- Antena sirip jerung
- Spoiler belakang
- Kemasan tempat duduk fabrik
- Paparan pelbagai maklumat
- Panel meter baharu
- Dua pembesar suara
- Indikator ECO
- Dua slot pengecas USB di belakang
- ABS, EBD, Bantuan Brek, ESC, Kawalan Cengkaman
- Bantuan Mula Mendaki
- Dua beg udara
- Sensor pakir hadapan
Persona facelift varian Executive (spesifikasi tambahan dari varian Standard)
- Unit infohiburan dengan skrin sentuh bersaiz 7-inci
- Sambungan terlefon pintar (E-Link)
- Paparan pelbagai maklumat LCD
- Empat pembesar suara
- Kemasan tempat separa kulit
- Lampu Follow Me Home
- Pembuka pintu but belakang kawalan jauh
- Kerusi belakang boleh dilipat 60:40
- Kamera undur
- Lampu nyalaan siang LED (DRL)
- Butang mula/henti enjin
- Sistem kemasukan pintar tanpa kunci
- Cermin sisi auto-lipat
Persona facelift varian Premium (spesifikasi tambahan dari varian Executive)
- Navigasi atas talian
- Internet 4G
- Arahan Suara
- Stereng balutan kulit
- Cermin pandang belakang nirbingkai (borderless)
- Lampu depan automatik
- Beg udara sisi
- Beg udara tirai
- Tombol gear CVT rekaan baharu
Tempahan untuk Persona facelift akan mula dibuka mulai esok secara atas talian dan Proton turut membuka jualan kilat model ini dengan yuran tempahan hanya RM9.99 sehingga 22 Mac 2019.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit ENGEAR
All best
Fuyyo… Varian exec pon dah ada reverse camera, keyless entry….
wow, looks so nice …
Klu tanak tukar engine, tukar gearbox la.. Punch cvt tu mcm… Apsal guna cvt jepun honda toyota mitsu? Jenis torque converter.. Atau bg yg paling selamat, 4 speed auto..
4 speed auto? Mcm perodua pakai? Teknologi yg dah jauh ketinggalan… Jdlah mcm Aruz,Rush… Mengerang enjin x cukup gear…. Vios baru pon dah pakai CVT …. Conventional gearbox 4 very out of date…
Cvt punch tu jenis clutch, tak responsif dlm bandar lalu traffic jammed. Vios pakai cvt torque converter.. Tak sama feel dgn persona iriz punya..