ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Putra terbabas dan terbang atas bumbung rumah kedai, pemandu cedera

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melambung dan terbang ke atas bumbung tingkat bawah sebuah rumah kedai di Kampung Padang Bongor, Binjai di Kota Bharu pagi semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku semasa penduduk di kampung berkenaan sedang menyiapkan juadah untuk bersahur sebelum terdengar dentuman yang kuat dari arah jalan raya.

Seorang penduduk, Yani Razak,40, berkata, dia bergegas keluar ke jalan raya untuk melihat kejadian itu sebelum terkejut melihat sebuah kereta jenis Proton Putra berada di atas bumbung tingkat bawah sebuah rumah kedai milik jirannya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurutnya, kereta itu dilihat seperti jatuh dari langit apabila ia berada dalam keadaan terjunam.

“Saya juga melihat pemandu kereta terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an sudah berada di luar kereta selepas dibantu oleh beberapa penduduk kampung.

“Melihat kepada keadaan kereta yang seolah-olah terbang ke atas bumbung itu, saya mengesyaki kereta tersebut dipandu laju sebelum hilang kawalan di kawasan selekoh berhampiran rumah terbabit,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Yani memberitahu, dia melihat mangsa cedera pada bahagian kaki kiri sebelum lelaki itu dibawa ke hospital dengan ambulans.

Katanya, laluan di kawasan itu sudah beberapa kali berlaku kemalangan termasuk kedainya juga sudah dua kali dirempuh kereta.

“Sebelum ini, ada beberapa pagar rumah penduduk rosak akibat dirempuh kereta yang melalui kawasan selekoh itu,” katanya.

Difahamkan, pemandu kereta dan penyewa rumah yang terlibat dalam kejadian itu masih belum membuat laporan polis berhubung nahas terbabit. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply