ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Proton R3 dominasi perlumbaan S1K 2019

Sukan Permotoran

Views

Menerusi satu kenyataan ringkas di laman Facebook rasminya, Proton mengucapkan tahniah kepada Pasukan Proton R3 kerana telah berjaya mencatatkan kejayaan membanggakan dalam saingan Sepang 1,000KM (S1K) Endurance Race 2019 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Sejak kemunculan awal saingan S1K pada 2009, Proton R3 telah berjaya muncul juara pada 2012, 2014 dan memenangi perlumbaan S1K selama tiga tahun berturut-turut pada 2017, 2018 dan 2019. Tahun ini mereka mempertaruhkan jentera lumba, Iriz dan Saga 2019 serta buat pertama kalinya menurunkan gandingan trio wanita.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Mitchell Cheah dan Fariqe Hairuman yang memandu jentera lumba Iriz R3 tiba dahulu di garisan penamat untuk muncul sebagai juara. Menyusul di belakang mereka, gandingan Syafiq Ali dan Admi Shahrul di tempat kedua dengan Saga R3.

Gandingan trio wanita, Leona Chin, Faye Kusairi dan Nurul Husna turut mencatatkan keputusan yang membanggakan meskipun ini pertama kali mereka beraksi bersama dalam satu pasukan. Mereka yang memandu sebuah lagi Saga R3, hanya bermula di petak ke-26 namun berjaya melakukan kejutan untuk menduduki tempat yang ke-7 keseluruhan.

Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Pasukan Proton R3!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply