ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Proton R3 kuasai perlumbaan Siri Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS)

Sukan Permotoran

Views

Hujung minggu lalu turut berlangsungnya perlumbaan Siri Kejuaraan Malaysia 2019 (MCS) yang menyaksikan pemandu pasukan Proton R3 (R3), Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali berjaya menguasai kelas M-Pengeluaran. Mereka yang memandu jentera lumba Proton Iriz menamatkan saingan pada pusingan 5 di tempat kedua .

Bagi Fariqe, ini merupakan gelaran juara yang kedua baginya selepas tahun 2015. Syafiq, juara tiga kali Sepang 1000km (S1K) pula merangkul gelaran MCS yang pertama buat dirinya. R3 kini mensasarkan kemenangan dalam perlumbaan S1K pada bulan November untuk mempertahankan kejuaraan tersebut sekaligus memecahkan rekod gelaran juara buat kali kelima.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Selain daripada Iriz, pasukan R3 turut mempertaruhkan dua unit model terbaharu Saga 2019 di dalam perlumbaan itu. Dalam Pusingan ke-5 MCS, pasangan pemandu veteran iaitu Admi Shahrul dan Faidzil Alang berjaya menduduki tempat ketiga.

Sebuah lagi jentera lumba Saga dikendalikan oleh pemandu yang dipilih melalui Pencarian Pemandu Wanita MSF-R3. Inisiatif ini menawarkan peluang kepada pelumba wanita untuk menjalani program pembangunan bersama R3, di mana mereka akan berlumba di S1K 2019.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Menurut Ketua Pasukan Proton R3, Gary Lee, mereka beraksi untuk menang di MCS 2019 dan telah memenangi enam perlumbaan berturut-turut untuk layak ke Pusingan 5 sebagai juara. Model Iriz dan Saga versi terbaharu terbukti sangat kompetitif dan ini menyediakan pasukan dengan asas yang baik untuk membina sebuah mesin perlumbaan.

Selain itu, R3 menerima lebih daripada 200 penyertaan peraduan Design For Speed S1K 2019 yang akan menyaksikan salah satu daripada kereta lumba Saga akan dihias dengan rekaan istimewa oleh pemenang peraduan tersebut. Peraduan yang bermula dari 26 Ogos hingga 22 September itu merupakan satu inisiatif dari Proton yang berjaya kerana halaman peraduan tersebut telah dilayari lebih daripada 25,000 kali.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 3,000 templat rekaan dimuat turun dan lebih daripada 200 penyertaan yang layak telah diterima. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata mereka berbesar hati dapat memberi peluang kepada para peserta memperlihatkan hasil karya mereka menghiasi jentera lumba R3 dan sekaligus dilihat oleh ribuan peminat semasa perlumbaan S1K nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply