ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton R3 mulakan pencarian Pencarian Pelumba Wanita dan Program Mentor

Berita Tempatan

Views

Divisyen perlumbaan Proton, R3 mengumumkan pencarian pelumba-pelumba wanita serta program mentor untuk satu pasukan lumba yang akan bersaing dalam acara sukan permotoran terbesar negara, Malaysia Speed Festival (MSF).

Program ini bermatlamat untuk membangunkan sukan permotoran di peringkat akar umbi dengan memanfaatkan kelebihan pengalaman dari pasukan R3 yang telah lama berkecimpung dalam pelbagai acara perlumbaan.

R3 merupakan satu-satunya pasukan dari pengeluar yang menyokong pasukan perlumbaan di Malaysia dengan pengalaman lebih 15 tahun. Mereka telah mengecapi pelbagai kejayaan dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan di Kejohanan Rali Dunia (WRC). Di laman sendiri, pasukan ini telah mencatatkan dua kemenangan di dalam Merdeka Millennium Endurance (MME) serta empat kemenangan di Sepang 1000KM (S1K).

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Pencarian Pelumba Wanita MSF-R3 serta Program Mentor MSF-R3 membolehkan pemandu dan pasukan perlumbaan Malaysia mendapat akses kepada pelbagai maklumat, pengurusan pasukan dan teknik pembangunan kereta yang akan membantu meningkatkan prestasi mereka. Ia juga merupakan peluang untuk mencari pelumba wanita berbakat dan mengembangkan karier mereka dalam bidang yang didominasi oleh kaum lelaki.

Proton dan R3 ingin mengubah naratif tersebut dan memberi peluang kepada pemandu wanita untuk menyerlah di dalam sukan permotoran. Dari kesemua peserta, tiga daripada mereka berpeluang untuk berkembang sebagai pemandu perlumbaan dan bersaing dalam perlumbaan S1K tahun 2019. Pemilihan adalah berdasarkan prestasi peserta dalam satu siri aktiviti memandu di luar dan dalam litar.

Turut dinilai adalah tahap disiplin, kerja berpasukan dan komitmen selain dari kemahiran mereka di sebalik stereng. Bagi program mentor pula, pemandu dan pasukan terpilih yang bersaing di dalam perlumbaan MSF SuperTurismo menggunakan kereta-kereta Proton akan dibantu oleh kakitangan pasukan Proton R3.

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November

Mereka perlu melakukan persiapan sendiri manakala pasukan R3 akan menyediakan ilmu teknikal kepada pasukan sebelum dan semasa perlumbaan. Ketua Pasukan Proton R3 Gary Lee berkata, dengan kemahiran dan pengalaman mereka dalam bidang perlumbaan diharap dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan sukan permotoran di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong pula berkata syarikat telah melabur untuk bersaing dalam acara tempatan dan antarabangsa kerana percaya bahawa sukan permotoran adalah tempat yang sesuai untuk melahirkan seorang jurutera terbaik. Pencarian pelumba wanita dan program mentor ini hanyalah permulaan dan berharap usaha ini akan mendorong lebih banyak penglibatan syarikat-syarikat automotif lain untuk menaikkan lagi perlumbaan tempatan.

Berikut adalah senarai pemandu dan pelumba untuk Program Mentor MSF-R3 dan Pencarian Pelumba Wanita MSF-R3:

Program Mentor MSF-R3:
Mohd Hafiz Saad #248, Nik Shahrul Fadli Nik Mansor #141, Alban Raymond De Sauza #16, Muhammad Faishal Bin Othman #180, dan Md. Shah Hashim #387.

Peserta Pencarian Pelumba Wanita MSF-R3:
Ng Aik Sha, Samanda Lee, Nurul Husna Nasharuddin, Nursharina Nor Ramlle, Dayangku Faratiwan Adnil, Rozana Rahmat, Umi Nasirah Sulaiman, Zaidah Mohd Ishak, dan Nor Azirah Mohd Azhar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply