ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Proton R3 ungguli Pusingan 3 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2019

Sukan Permotoran

Views

Pusingan 3 Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) 2019 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu lalu, sekali lagi menyaksikan dominasi pasukan Proton R3 yang berjaya merangkul kemenangan dua kali termasuklah menguasai podium dengan menamatkan 1-2-3 dalam perlumbaan kedua.

Pasukan tersebut membuktikan mereka yang paling menonjol bagi dalam kelas M-Pengeluaran dalam perlumbaan selama satu jam yang menguji ketahanan jentera lumba serta pemandu. Walaupun sesi kelayakan tidak menjadi seperti yang dirancang, salah seorang pelumba mereka tetap berada di petak permulaan menerusi jentera Suprima S yang dipandu oleh Mitchell Cheah.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Rakan sepasukannya Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali yang memandu Iriz dan James Veerapen dalam Saga hanya berjaya menduduki petak keempat dan kelima. Semasa perlumbaan, Suprima S yang dipandu oleh Mitchell tiba terlebih dahulu di garisan penamat diikuti dua lagi rakannya yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima.

Pada pusingan kedua, mereka telah menguasai pelumbaan tersebut dengan cukup bergaya dan Iriz yang dipandu Fariqe dan Syafiq menjadi yang pertama melintasi garisan penamat diikuti Mitchell dengan Suprima S dan James yang memandu Saga.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Ini merupakan kali pertama R3 menamatkan perlumbaan di kedudukan tiga teratas dan keputusannya meninggalkan Fariqe dan Syafiq hanya dua mata di belakang pemenang kejuaraan terkini untuk kelas M-Pengeluaran dalam Siri Kejuaraan Malaysia 2019.

Menurut Gary Lee, Prinsipal Pasukan Proton R3, pusingan ketiga MCS adalah satu cabaran yang sukar untuk pasukannya. Tambahnya lagi, format perlumbaan selama satu jam merupakan satu peluang yang sangat baik untuk menonjolkan prestasi dan ketahanan kereta Proton setelah membuktikannya ketika di perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) tahun ini.

Kejayaan ini merupakan hasil kerja keras seluruh pasukan baik dari krew, jurutera, kakitangan dan pelumba. Syabas kami ucapkan kepada Proton R3!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply