ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rai 100 kakitangan dalam majlis graduasi ringkas

Views

100 orang kakitangan Proton telah diraikan dalam satu majlis graduasi bagi meraikan pencapaian mereka dalam memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3. Majlis yang telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Proton Subang Jaya semalam dan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Sri Richard Riot Anak Jaem telah dijemput untuk menyampai sijil kepada para graduan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Datuk Dr Mohd Ghazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, dan Encik Nidzam Kamarulzaman, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan YBhg Dato’Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton turut hadir pada majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Dr Li berkata Proton bukan sekadar membina kereta tetapi turut membina bakat. Proton menyediakan peluang dan memberi galakan kepada para pekerja untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sebagai sebahagian daripada perkembangan diri dan kerjaya. Sijil Kemahiran Malaysia adalah sijil yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Kerajaan untuk latihan kemahiran. Terdapat 5 tahap pensijilan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang merupakan kelayakan yang diterima pakai untuk pekerjaan tertentu dan terpilih.

Sempena meraikan akhir tahun, Proton menawarkan promosi penyelenggaraan sebanyak RM0 sehingga 5 tahun* dan penjimatan sehingga RM8, 000*. Penyelenggaraan RM0 termasuk minyak enjin dan kos pekerja. Kunjungi bilik pameran Proton yang terdekat dan pandu ujikereta Proton hari ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau hantarkan emel kepada [email protected]. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, melalui Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply