Proton telah muncul sebagai pemenang sektor dalam industri serta majikan yang bergerak paling pantas buat julung kalinya oleh Anugerah 100 Majikan Siswazah Terkemuka Malaysia (M100) 2024 .
Kemenangan berganda itu menunjukkan graduan lebih mengutamakan jenama automotif nasional itu berbanding jenama lain dan melihatnya sebagai pilihan utama mereka untuk perkerjaan dalam sektor tersebut.
Ini juga merupakan kali yang pertama Proton ‘menumpaskan’ dua OEM lain dan merangkul tempat teratas dalam kategori industri automotif pada edisi ke-17 anugerah tersebut
Anugerah majikan paling pantas bergerak juga telah dianugerahkan kepada syarikat setelah mencatatkan kenaikan tempat terbanyak dalam kedudukan M100, iaitu dari kedudukan ke-86 pada 2023 ke kedudukan ke-44 tahun ini.
Salah satu sebab utama kejayaan Proton adalah usahanya dalam membangunkan bakat baharu seperti program Proton Young Talents (PYT).
Program yang diperkenalkan sejak 2018 itu bertujuan untuk mengupah graduan muda yang berpotensi dan membangunkan generasi profesional dan pemimpin yang kemahiran tinggi bagi memacu inovasi dan pertumbuhan di dalam Proton.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Ia telah memainkan peranan penting dalam membentuk tenaga kerja syarikat, dan kejayaannya dicerminkan dalam banyak anugerah yang diperoleh tahun ini.
Kohort PYT semasa terdiri daripada 210 individu, di mana 72 peratus daripadanya mempunyai latar belakang teknikal, manakala 28 peratus berasal dari bidang bukan teknikal.
Sehingga kini, seramai 259 graduan PYT telah diambil bekerja sejak tujuh tahun yang lalu, termasuk 110 PYT tahun ini, mengekalkan kadar kekal berkhidmat luar biasa sebanyak 81 peratus.
Dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan rakan industri seperti TalentCorp, malam anugerah M100, telah pun berlangsung pada 7 November lalu di Four Seasons Kuala Lumpur.
Ia bagi meraikan majikan graduan terbaik dalam 18 sektor berbeza,termasuk perakaunan, perbankan, perundingan, peruncitan dan hospitaliti.
Keputusan untuk anugerah itu diputuskan melalui kajian tahunan tentang penggajian graduan oleh Graduate-to Industry (GTI) Malaysia, dengan 44,924 undian pelajar dikumpulkan di seluruh Malaysia daripada 220 acara kampus di 169 univerisiti, termasuk Universiti Antarabangsa Albukhary.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Kajian tahun ini dijalankan dari Januari hingga September dan menerima undian daripada kumpulan yang lebih besar, iaitu meningkat daripada 37,380 undian tahun lepas.
Para pelajar diminta untuk menyenaraikan majikan yang mereka berminat untuk memohon pekerjaan selepas tamat pengajian dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi proses pencarian kerja serta pemilihan majikan.
Menurut kajian tersebut, pengupahan graduan disusun mengikut kategori berikut, iaitu kepimpinan, pembangunan peribadi, gaji dan ganjaran, keseimbangan kerja-hidup, dan jaminan pekerjaan.
Sebanyak 85.7 peratus daripada responden menyuarakan kebimbangan mengenai kos sara hidup di bandar-bandar Malaysia dengan gaji graduan.
Responden ini turut menjangkakan gaji median mereka untuk jawatan peringkat graduan akan berada dalam lingkungan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan pada tahun 2024.
Menurut Pengarah Urusan GTI Media, Issac Hee, anugerah ini menunjukkan keberkesanan usaha keras yang dilakukan Proton untuk mentransformasikan budaya pengupahannya dan membangunkan program pembangunan bakat yang menarik bagi graduan.
Naib Presiden Bahagian Sumber Manusia Proton, Amran bin Mohd Tomin berkata, pengiktirafan ini adalah bukti komitmen syarikat untuk memupuk persekitaran di mana idea-idea segar dan nilai-nilai yang kukuh bersatu untuk memacu kejayaan dalam sektor automotif.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI