ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmi Pusat 3S terbaharu di Lahad Datu

Berita Tempatan

Views

Satu lagi Pusat 3S Proton milik Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd dibuka di Sabah dan terletak di Lahad Datu. Ia ini merupakan yang kedua selepas pusat 3S yang dibuka oleh Fook Loi di Sandakan tahun lepas dan menampilkan warna-warna Identiti Korporat baharu Proton.

JOM BACA >> Perodua bakal keluarkan Myvi GT

Cawangan ini menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat-alat ganti untuk semua jenis kereta Proton. Kos bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf cawangan baharu ini bernilai kira-kira RM2 juta. Antara kemudahan disediakan ruang menunggu yang selesa, tempat mengecas komputer riba dan telefon bimbit serta ruangan minuman atau kopi.

BMW X7 RM888,800 740LE Hybrid RM594,800

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Pusat 3S ini telah dirasmikan oleh Rajendran A/L Nambiappan, Ketua Pengurusan Jualan Proton dan turut dihadiri oleh barisan Pengarah Fook Loi dan ahli Pengurusan Kanan Proton. Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi, Thomas Chiu Kui Yin dalam ucapannya berkata, mereka percaya model-model baharu dan yang dipertingkat adalah penyumbang kepada pertumbuhan jualan Proton pada tahun ini.

Dengan pembukaan cawangan baharu di Lahad Datu, Proton telah mengembangkan lagi jenamanya sebagai jenama automotif yang mempunyai cawangan 3S/4S terbanyak. Perancangan menaiktaraf cawangan yang berterusan, bermula pada bulan April 2018, telah menghasilkan sebanyak 91 cawangan baharu di dalam rangkaian jualannya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply