ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton S70 kekal menerajui carta jualan segmen-C

Berita Tempatan

Views

Proton S70 telah mendominasi pasaran segmen-C pada tahun 2024. Sedan segmen C yang pertama keluaran Proton selepas lebih sedekad ini telah berjaya menjadi peneraju pasaran dalam tahun pertama penjualannya.

Selama berdekad-dekad, segmen ini telah lama didominasi oleh jenama-jenama kereta dari Jepun. Namun, sejak dilancarkan pada November 2023, S70 telah mula memenangi hati rakyat Malaysia dengan gabungan menarik antara ciri-ciri canggih dan tawaran nilai yang berpatutan.

Proton S70 terus mengekalkan momentum lebih 1,000 unit sejak awal 2024, dengan 1,143 unit terjual pada Januari dan 1,197 unit pada Februari, meskipun jualan kereta secara keseluruhannya perlahan pada Januari 2025.

Ini berikutan peningkatan ketara pada akhir tahun lalu yang berjaya menaikkan jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada rekod tertinggi 816,747 unit.

Dengan 18,880 unit terjual pada tahun lalu, pemimpin segmen-C ini mendahului pesaing sedan terdekatnya sebanyak 8,470 unit. Jualan tertinggi dicatatkan pada Februari 2024, iaitu 2,290 unit.

Model ini semakin diminati kerana menawarkan pengalaman segmen-C pada harga segmen-B. Proton S70 dikuasakan enjin turbo 1.5L yang menjana 150PS dan 226Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi dwicekam 7-kelajuan.

Ruang dalaman yang luas, ciri keselamatan ADAS yang canggih, dan kos pemilikan yang rendah berbanding pesaing Jepun, telah berjaya menarik perhatian pembeli.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Ditambah pula dengan keseimbangan pengendalian yang terkenal dari Proton, telah membolehkan Proton S70 dipilih sebagai jentera lumba syarikat tersebut ke perlumbaan Sepang 1000KM pada tahun 2024.

Kajian yang dijalankan ke atas hampir 200 pembeli S70 mendapati bahawa sejumlah pemilik tidak mempertimbangkan model lain, kerana mereka melihat S70 sebagai produk yang istimewa dalam kategorinya.

Meskipun ada pembeli yang mempertimbangkan model Jepun lain, pakej lengkap Proton S70 akhirnya menjadi pilihan utama.

Selain daripada tawaran nilai yang berbaloi, S70 menawarkan teknologi canggih dan ciri keselamatan yang kukuh seperti brek kecemasan autonomi, amaran perlanggaran hadapan dan belakang, amaran keluar lorong dan sistem pemantauan tekanan tayar.

Maka, tidak hairanlah keluarga muda tertarik kepada S70 dan menjadikannya kenderaan kedua pilihan mereka. Data dalaman Proton mendedahkan bahawa 45 peratus daripada pemilik adalah berumur 20-30 tahun, manakala 51 peratus daripada responden sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Yang menariknya, 39 peratus responden membeli S70 sebagai kereta kedua dalam keluarga mereka, sementara 37 peratus menggantikan kereta lama mereka, dan hanya 20 peratus merupakan pembeli kereta kali pertama.

Salah seorang pemilik S70 Executive dalam tinjauan tersebut berkata, S70 dianggap sebagai pembelian yang berbaloi kerana varian eksekutif mempunyai semua spesifikasi penting yang diperlukannya.

Pemilik S70 Flagship X pula berkata, dia inginkan sesuatu yang eksklusif, namun pada masa yang sama mahukan harga yang munasabah dan nilai yang berbaloi.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Hasil tinjauan menunjukkan 56 peratus responden memilih S70 kerana harga yang mampu milik berbanding jenama lain, dan 50 peratus berpendapat model ini menawarkan nilai yang baik untuk wang.

Jika dikaji dengan lebih teliti, 46 peratus pembeli tertarik kepada reka bentuk kabin yang menarik, 41 peratus menyukai reka bentuk luaran yang menawan, dan 40 peratus memuji penghantaran kuasa yang lancar.

Proton telah melancarkan promosi Buka Lembaran Baharu pada bulan Mac, menawarkan rebat tunai sehingga RM8,000 kepada pembeli Proton S70.

Pembeli model Flagship X juga akan menerima Aerokit percuma bernilai RM3,130, dan tambahan RM2,000 tersedia untuk sokongan tukar beli, menjadikan nilai pakej keseluruhan berjumlah RM13,000.

Dengan kempen video “RAYA Stylo with S70” yang akan dilancarkan minggu ini, Proton mengajak orang ramai untuk mempamerkan keistimewaan S70 melalui kreativiti masing-masing.

Setiap peserta dikehendaki menghasilkan kandungan video berdurasi 60 saat sebelum memuat naiknya di TikTok dengan #RAYASTYLOWITHS70.

Terbahagi kepada kedua-dua kategori, iaitu ahli kelab S70 dan orang awam, pemenang teratas akan membawa pulang hadiah utama RM10,000 setiap seorang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton S70 telah membuktikan bahawa nilai, prestasi, dan gaya boleh wujud bersama dalam satu pakej yang luar biasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply