ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga dipandu wanita warga asing rempuh kedai serbaneka stesen minyak

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang pemandu wanita warga asing secara tidak sengaja merempuh premis kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bandar Bandar Baru Bangi, dekat Kajang, petang semalam.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, dalam kejadian 2.20 petang, wanita berusia 33 tahun itu masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual lalu menghidupkan enjin.

Bagaimanapun, tanpa disedari kenderaan berkenaan masih dalam gear dan bukan free (neutral) menyebabkan kenderaannya meluncur ke hadapan dan melanggar cermin kaca kedai lalu merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Kedai itu mengalami kerosakan cermin hadapan manakala kenderaan itu juga turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan, namun pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Zaid turut menasihat pemandu agar berhati-hati terutama di kawasan yang berisiko selain berkata, pengusaha stesen minyak juga mungkin perlu memikirkan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan premis kedai dirempuh kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply