Sahabat kita bro Mamil telah mengirimkan email gambar dan info mengenai model naik taraf Proton Saga FLX+. Untuk pengetahuan semua model FLX+ akan menggantikan model FLX sedia ada dengan beberapa ciri tambahan seperti penapis udara baharu (standard dust application), tali pinggang keledar belakang (3 point center rear seatbelt) dan beg udara berkembar untuk semua varian. Yang menariknya harga masih lagi kekal dan model ini juga yang telah berjaya memperoleh 3 bintang ASEAN NCAP.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
waa..besarny iklan kia tuuu
Pelik sangat dia letak tali pinggang berkotak macam tu.
iklan kat header tu memang bebetul punya ke bro
yup, tengah testing.. sape tau nak buat 2 link untuk iklan atas tu? sy dpat buat 1 link aje
what is that spare air box just before the air filter, whats the function?
cuba try pakai “ads rotation”
hai proton.please be more aggresive. beside add on your current cars, be prepare for the next line-up model. next saga FLX should be around 2015.
boring…
adusss DRB ni… (sambil tepuk dahi…) dah lama take over Proton, baru tu impovement yg korang buat kat Proton???….. hahahahahaha…
rasanya ni produk masa dssz ada lagi kot, drb teruskan je, benda yang baik kan 🙂
tapi DRB took over dlm January 2012, kalau bayi lahir dlm tarikh yg sama, dah setahun 3 bulan.. dah boleh berjalan dah…. aku rasa masa DSZ dlm tempoh ni pun dah keluarkan Persona… 🙂
pengurusan baru akan lebih agresif menjenamakan proton ke arah lebih baik….tu kata2 yang kita dengar semasa drb abik alih proton…malas nak kira berapa bulan dah d abik n abik kira forumer sini kata 1 tahun 3 bulan, mungkin sape2 nak hadiahkan kamus dah highlight perkataan agresif kepada pengurusan proton….
agresif-
Agresif??!!!!!…
Agresif apa kalau hari tu kata nak reveal turnaround plan dalam bulan Mar 2013, tapi hari ni dah bulan April 2013. Cakap tak serupa bikin…
Proton sepatutnyaer terasa takut ngan kemasukan model2 baru oleh jenama kereta luar….. China punyer kenderaan pun dah semakin banyak kat jalan Malaysia.. 🙂
ni spec yg dpt 3 star asean ncap tu kan
“kami gulongan ‘golongan belia agresif’ mau kan tindakan..” kata2 usop wilcha dalam Usin Mon dan Jin Pakai Toncit..
dah kurang dengar citer proton.
tertanya tanya apa dah jadi dgn proton sebenarnya..
Tidak ada company keta lain yg lebih dekat di hati saya selain proton. Ye la, mmg kutuk dan komen macam2, tp, company lain tu diorg bukannya org Msia. Buat2 development pon, Msia ni persinggahan je..
alih2, tau2 je siap pasang je dan buat launching..
Bagi aku la, proton ni lain..mmg la tak sebagus company lain but, it’s ours.
Luahan perasaan la plak..
nak baut mcm mana.. drb banyak sangat berahsia.
kalau ada sapa2 perasan dulu ada bbrp sahabat yg komen kt sini merupakan insider proton mcm tokmoh, mat, Savvy88.. tp skrg nama2 ni dah takde
agaknya mmg drb kontrol kebocoran info sampai diorg dah takleh komen kt blog dah, bagi hint pun takde lagi.. ke dah resign x tau la plak.. huhuhu
Bro mat savvy88 semua da. Cuma jarang2. Dulu Kitorg lagi ada insider “theking”. Tapi skarang die jarang2 masuk pasal dan masuk bahagian lain and dah sifat DRB yg mmg kepam maklumat sampai masam…
Saga FLX+ ni keluar bulan April ke?