ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga versi CKD Pakistan terima beberapa ciri baharu

Berita Global

Views

Nampaknya pembeli Proton Saga versi CKD Pakistan ‘beruntung’ kerana bakal menerima beberapa ciri baharu yang dipertingkatkan. Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, Proton Pakistan mengumumkan yang Saga versi CKD akan menerima ciri lebih baik berbanding model import (CBU) sebelum ini.

Antara penambaikan yang ditawarkan pada model versi CKD adalah perehat tangan kemasan kulit buatan di tempat duduk penumpang hadapan, penderia parkir hadapan, penebat bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) pada bonet depan serta but belakang dan palang penstabil.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Antara ciri-ciri ini, perehat tangan pada tempat duduk penumpang hadapan merupakan ciri baharu yang masih belum ditawarkan pada model Saga di pasaran Malaysia. Proton baru-baru ini melancarkan Saga yang dikeluarkan di kilang baharu milik Al-Haj Automotive, di Karachi, Pakistan.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi. Kilang pengeluaran yang dibina dengan kos sebanyak 20 juta Dollar Amerika itu mampu menghasilkan 25,000 unit setahun pada peringkat permulaan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Proton X70 bakal menjadi model kedua dipasang di sini selepas penghantaran terakhir unit CBU pada 17 Oktober lalu. Sebanyak 154 unit terakhir X70 telah dihantar dan secara keseluruhan jumlah eksport model CBU ke negara tersebut adalah sebanyak 602 unit.

Pelancaran model pemasangan tempatan (CKD) model X70 dijadualkan pada bulan Disember 2021. Setakat ini, Al-Haj telah menerima sebanyak 2,500 unit tempahan bagi Saga dan lebih daripada 2,000 unit tempahan bagi X70.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Pakistan

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply