ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sasar jumlah eksport berganda tahun ini

Berita Tempatan

Views

Untuk tahun 2021, Proton sedang menyasarkan pertumbuhan jualan eksport dan pada bulan Disember lalu, operasi CKD di Kenya telah pun bermula selain pelancaran X70 di Pakistan. Ini telah menyumbang kepada pertumbuhan jualan eksport sebanyak 50 peratus pada akhir tahun 2020 berbanding dengan pertumbuhan 8.8 peratus bagi jualan pasaran domestik.

Antara model yang bakal memimpin pertambahan jualan adalah SagaX70 dan X50. Model-model ini juga bakal diperkenalkan ke lebih pasaran antarabangsa secara berperingkat. Pasaran eksport adalah amat penting bagi Proton untuk menjadi antara tiga jenama otomotif teratas di ASEAN dari segi jualan.

Meskipun sasaran utama Proton untuk menerajui pasaran tempatan, peningkatan jumlah jualan antarabangsa juga adalah baik untuk pengembangan syarikat pada masa hadapan. Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu adalah individu yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan ini.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!

Katanya, pihaknya telah mencuba pelbagai strategi untuk mencapai matlamat ini termasuk menjual kenderaan CBU yang dibina di Malaysia dan menandatangani perjanjian dengan syarikat tempatan untuk membina kenderaan CKD di luar negara.

Tambahnya, salah satu kunci untuk mengembangkan eksport adalah produk yang menarik perhatian pelanggan, contohnya Saga yang dijual di Pakistan menguna enjin 1,299cc berbanding dengan enjin 1,322cc yang diguna di Malaysia bagi mematuhi keperluan kenderaan berkapasiti kecil di sana.

Model yang sama turut dijual di Nepal kerana ia mempunyai alat pemanas kabin, komponen penting bagi pasaran yang mengalami musim sejuk. X70 dan X50 pula membantu menaikkan imej jenama yang canggih kerana kedua-duanya dilengkapi perisian canggih, ciri arahan suara serta sistem bantuan pemandu yang membolehkannya bersaing dengan model dari jenama Jepun dan Korea.

JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

Walaupun pengedar dan pengimport kenderaan Proton di luar negara dimiliki oleh entiti tempatan, pihak syarikat berkerjasama bersama mereka supaya rancangan pengenalan, promosi dan pelancaran produk adalah sesuai dengan keadaan pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, jenama ini berusia lebih 35 tahun dan telah mempunyai pengiktirafan jenama yang kuat dari aktiviti eksport dahulu serta penyertaan dalam sukan permotoran antarabangsa, produk mereka masih lagi tidak boleh didapati di banyak pasaran antarabangsa.

Tambahnya, barisan produk baharu yang dikemas kini dan dikembangkan bersama Geely memberi mereka peluang untuk mengubah naratif ini dan optimis ia akan menerima sambutan yang hebat di banyak pasaran baharu.

Katanya lagi, dengan kerjasama rakan antarabangsa, mereka berhasrat untuk menyampaikan mesej yang konsisten di semua pasaran eksport dan ini akan memudahkan jenama tersebut untuk memantapkan dirinya di lebih banyak pasaran antarabangsa. Ia sejajar dengan matlamat mereka untuk mempromosikan Malaysia dan vendornya di peringkat serantau dan global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply