ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sasar peningkatan eksport tahun depan – X50 bakal tembusi pasaran Brunei

Berita Tempatan

Views

Setakat akhir bulan lalu, jumlah eksport kereta keluaran Proton telah meningkat sebanyak 10.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019. Pencapaian ini berjaya dilakukan meskipun terdapat sekatan di seluruh dunia disebabkan pandemik COVID-19.

Proton akan melakukan lima pelancaran pada minggu-minggu akan datang, salah satunya menandakan kali pertama X50 memasuki pasaran eksport, manakala dua lagi menandakan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan kenderaan Proton di pasaran baharu.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Menurut Pengerusi Proton Holdings Berhad, Datuk Sri Syed Faisal Albar, amatlah penting bagi jenama Proton membina namanya di pasaran antarabangsa dan objektif ini dinyatakan dengan jelas dalam rancangan 10-tahun mereka sejak mengadakan kerjasama strategik dengan Geely.

Tambah beliau, tahun ini rancangan eksport mereka telah terjejas akibat COVID-19, namun usaha gigih para pekerja serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan telah membantu mereka kembali ke landasan yang betul. Oleh itu, dalam jangka masa beberapa minggu ini, pihaknya akan mengumumkan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan di Kenya dan Pakistan serta jualan X50 di Brunei.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Selain daripada negara-negara yang telah diumumkan, Bangladesh dan Mesir juga akan mengadakan pelancaran Saga secara dalam talian pada bulan ini. Ia akan diikuti oleh satu lagi pelancaran di Nepal sebelum akhir tahun.

Sebanyak 405,267 unit kenderaan Proton telah dieksport ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 menerusi model Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke negara lain telah mengatasi jumlah dari tahun sebelumnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply