ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Satria GTi siap direstorasi sedang mencari tuan baharu, barang semua ‘ori kilang’ beb!

Berita Tempatan

Views

Kepada mereka yang sedang mencari sebuah kereta ‘legend’, mungkin Proton Satria GTi boleh dimasukkan ke dalam senari pembelian anda. Sebuah Satria GTi yang telah siap direstorasi kini sedang mencari tuan baharu! Iklan kereta ini telah dikongsikan oleh pengasas Dream Street Restorations, Suriya Sankaran menerusi laman Facebooknya sejak semalam.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurutnya, Satria GTi masih dalam keadaan yang ‘mantap’ dan pernah  digunakan oleh seorang pemilik sejak 20 tahun yang lalu. Ia telah dibeli pada bulan November, 2000 semasa dia (pemilik asal) berumur 50 tahun. Apa yang menarik, kereta ini ‘bebas kemalangan’ dan masih mengekalkan komponen asal (original).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Satria GTi ini juga tidak pernah dipandu dalam jarak yang jauh dan hanya berlegar di sekitar utara tanah air sahaja. Sekiranya anda ‘berkenan’ dengan Satria GTi yang sudah direstorasi ini sebagai koleksi peribadi, anda boleh terus menghubungi Suriya Sankaran di talian 012-312 9567 untuk berbincang mengenai harga dan maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suriya Sankaran

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply