ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton serah 1000 unit X70 dalam masa sehari

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Proton Edar Sdn. Bhd telah mengadakan satu majlis penyerahan besar-besaran model SUV, Proton X70 di seluruh negara sempena meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. Majlis tersebut turut mencatat satu lagi sejarah pencapaian Proton kerana telah menyerahkan 1000 unit X70 dalam masa sehari secara serentak di seluruh negara.

Acara tersebut telah berlangsung di 74 buah pusat 3S/4S seluruh negara pada 2 Februari lalu dan telah berjaya menghimpunkan pelanggan dari semua bangsa bagi memeriahkan acara ini. Sempena majlis penyerahan ini juga, acara simbolik sempena sambutan Tahun Baharu Cina iaitu menggaul Yee Sang dan tarian singa turut diadakan selain beberapa aktivit menarik yang lain.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Selain itu, Proton turut mengadakan sesi taklimat mengenai ciri-ciri unik SUV ini dan pemilik turut diajar bagaimana untuk mengaktifkan fungsinya. Taklimat secara terperinci turut disampaikan oleh pengurus selepas jualan di setiap cawangan yang memberikan lebih pemahaman kepada pemilik kenderaan ini supaya mereka boleh memaksimakan keseronokan memandu menerusi keistimewaan yang ada pada SUV mereka.

Pelanggan turut ditanya mengenai apa yang membuatkan mereka tertarik kepada SUV ini dan maklum balas yang telah diterima itu akan digunakan untuk mereka bentuk dan memasarkan model baharu Proton pada masa akan datang. Tahniah kami ucapkan kepada Proton dan pemilik-pemilik baharu X70. Boleh la masuk group Facebook Proton X70 Community Malaysia (X70CM) nanti!

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply