ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton serah X70 kepada DYMM Sultan Johor

Berita Tempatan

Views

Seperti yang kita ketahui DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan salah seorang peminat setia jenama Proton. Setakat ini ada beberapa kereta Proton ada dalam koleksi DYMM Sultan Johor termasuklah model pertama Saga, Satria Neo, Perdana dan yang terbaharu X70. Selain Baginda, anakandanya Tunku Idris juga merupakan pemilik X70.

Semalam berlangsungnya majlis penyerahan Proton X70 varian Executive AWD milik DYMM Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi. Laman sesawang rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memuatnaik beberapa foto majlis tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Ia turut dihadiri oleh Pengurusan Kanan Proton yang terdiri daripada Pengarah Pelaburan dan Promosi Proton, Mohd Khalid Yusof, Pengarah Jualan Korporat Proton, Fazli Hisham Shukor dan Pengurus Jualan Negeri Johor, Abdul Razak MD. Pertemuan bersama DYMM Sultan Johor turut berlangsung selama hampir 30 minit.

Selesai majlis mengadap, DYMM Sultan Johor berkenan meluangkan masa memandu uji Proton X70 Executive AWD milik Baginda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi. Pada masa sama, Mohd Khalid turut memberikan taklimat kepada DYMM Baginda Tuanku mengenai ciri-ciri yang sedia ada di dalam kenderaan itu.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply