Pasukan rali Proton kini berada di New Caledonia, untuk meneruskan saingan pusingan kedua Asia Pacific Rally Championship (APRC) . Mereka bukan sahaja kembali beraksi sebagai juara, malah mereka juga disebut-sebut sebagai pasukan pilihan untuk memenangi saingan tersebut.
Juara APRC Alister McRae akan menggalas cabaran Proton di samping pemandu dari Sweden, PG Andersson, yang buat pertama kalinya memandu Satria Neo S2000 di pulau tersebut. Saingan tersebut melibatkan jarak keseluruhan sejauh 252.82km dengan 19 peringkat khas. Hari yang pertama yang akan bermula pada Jumaat bakal merangkumi empat peringkat khas. Pada hari seterusnya akan berlangung sembilan pusingan dah hari yang terakhir akan melibatkan enam pusingan termasuk jarak yang terpanjang sejauh 24.41km.
Semoga berjaya!!!
kombinasi jentera yg baik dan pemandu yg dahagakan kemenangan akan menghasilkan kejayaan berganda…
selamat berjuang proton…….harumkan nama malaysia di mata dunia, bukak luas lagi market utk jual lebih banyak kereta…..kasik basher sume butthurt bila proton nti setaraf dgn T,H,N
skrg ni pun japan wannabe dh butthurt la bro bila proton tapau jenama kesayangan & kebanggaan diaorg…klu mng WRC aku x tau le ape diaorg nk bash lg…kesiiaaannnn…
mksud aku,JIKA proton join WRC…