ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton siar iklan acah Exora RC2, bakal diperkenalkan 19 Ogos!

Berita Tempatan

Views

Kira-kira dua jam yang lalu, laman Facebook rasmi Proton Cars mula menyiarkan iklan acah model Exora terbaharu yang bakal dilancarkan pada 19 Ogos 2022 (Jumaat).

Meskipun di laman Facebook hanya menyiarkan foto beberapa ekor kuda sedang berlari, pautan ke laman mikronya menunjukkan siluet model Exora versi 2022.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut info dari ejen perisik Mat Bond, ini merupakan model Exora RC2 (Running Change, bukan Remote Control) dan ia akan menampilkan beberapa penambahbaikan dan sepatutnya dilancarkan hari ini.

Untuk luaran, boleh dikatakan langsung tiada perubahan kosmetik besar-besaran, cuma Exora RC2 akan tampil dengan logo baharu Proton, sama seperti adik-beradiknya yang lain.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Anda mungkin tertanya-tanya apakah kaitan kuda dengan kapsyen “The performance to run free” kan? Sebenarnya, ia memberi petanda awal mengenai hos penyejuk minyak (OCH) baharu yang bakal diperkenalkan pada model ini nanti.

Jadi, anda tidak perlu mengharap lebih kerana tujuan asal Exora RC2 lebih kepada penambaikan OCH dan bukannya perubahan kosmetik kerana model ‘MPV veteran’ ini sudah pun di penghujung hayat, sebelum diganti dengan Proton X90 (VX11) tahun depan.

Maka dengan ini, tiada lagi model baharu Proton untuk 2022 dan 2023 bakal menyaksikan dua model baharu, iaitu Proton X90 (VX11) dan model sedan Proton S50 (SS11).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply