ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton siar video acah Iriz ACTIVE

Berita Tempatan

Views
Proton Persona & Proton Iriz - Teaser 3

Menjelang pelancaran model Persona MC2 dan Iriz ACTIVE secara maya bermula jam 11.00 pagi esok, laman Facebook dan YouTube rasmi Proton menyiarkan siri video acah terakhirnya hari ini. Jika semalam Persona MC2, hari ini giliran Iriz ACTIVE tampil dalam video tersebut.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kita boleh melihat sedikit perincian pada model Iriz ACTIVE yang kini menggunakan lampu hadapan dengan mentol LED. Turut dipaparkan kit badan gaya crossovernya, rim bersaiz 16-inci dengan rekaan bermotif bunga pada tenunan songket dan unit infohibur gaya terapung.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Turut diperlihatkan adalah visual pandangan sisinya yang sengaja dicondongkan, mungkin untuk menunjukkan ciri Bantuan Mula Mendaki. Semalam kami telah menyiarkan beberapa foto bocor Persona MC2 dan Iriz ACTIVE yang sempat dirakam oleh oleh rakan pembaca bernama Akira Vac.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply