ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sokong usaha bangunkan kenderaan generasi baharu

Berita Tempatan

Views

Menurusi satu kenyataan media berhubung pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) semalam, Proton memuji langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pembangunan dan pengeluaran Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) dan komponen-komponen penting.

Menurut kepada permintaan untuk membangunkan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada NAP 2014, strategi baharu ini dilihat sebagai peluang untuk pihak berkepentingan dalam industri automotif memperkenalkan teknologi baharu kepada Malaysia disamping meningkatkan kemahiran dan keupayaan komuniti pembekal tempatan.

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Melalui struktur pemilikan syarikat (50.1 peratus dimiliki oleh DRB-Hicom dan 49.9 peratus oleh Geely Auto), Proton dapat memanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh pemegang sahamnya iaitu memberikannya akses kepada ekosistem tempatan melalui DRB-Hicom dan akses kepada teknologi baharu melalui Geely Auto Group, untuk merebut peluang yang dibentangkan oleh NAP 2020.

Walau bagaimanapun, pada peringkat permulaan, Proton akan meneruskan perancangannya melabur dalam produk dan teknologi baharu serta kemudahan kilang dan pembuatan. Syarikat juga akan terus bekerjasama dengan pembekal tempatan dan menggalakkan pelaburan dalam teknologi baharu, terutama melalui kerjasama strategik untuk mengembangkan keupayaan teknikal dan meluaskan daya maju komersial.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Bagi rangkaian jualannya pula, Proton kini berusaha untuk menambahbaik pengalaman pemilikan pelanggan melalui perluasan pusat perkhidmatan 3S/4S di seluruh negara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pelancaran NAP 2020 menunjukkan Malaysia kini ke arah untuk menerapkan kenderaan berteknologi baharu yang dilengkapi rangkaian kuasa elektrik dan hibrid serta teknologi autonomi dan kesalinghubungan.

Dua pemegang saham Proton memberikan mereka akses kepada ekosistem industri automotif Malaysia serta teknologi yang diperlukan untuk model NxGV iaitu salah satu teras utama dasar ini. Masih terdapat banyak perkara perlu diambil kira dan yakin melalui polisi dasar yang telah ditetapkan, Proton akan dapat menyumbang kepada Malaysia untuk mencapai matlamat NAP 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply